Thursday, July 7, 2011

WAKTU-WAKTU MUSTAJAB BERDOA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

  • Akhir malam. Sabda Rasulullah S.A.W dari Abu Umamah (r.a.): 
Sehampir-hampir seorang hamba kepada Allah adalah tengah malam yang akhir, maka jika kamu sanggup menjadi di antara orang yang mengingati Allah pada saat itu, maka jadilah.
[Riwayat At-Tarmizi]

  • Antara azan dan iqamah. Sebuah hadith yang bersumber dari Anas bin Malik (r.a.):
Doa antara azan dan iqamah tidak akan ditolak (makbul), kerana itu berdoalah kamu pada waktu itu.” 
[Riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban]

  • Ketika sujud dalam solat. Nabi bersabda:
Saat seseorang hamba sangat hampir di hadapan Tuhannya adalah di waktu dia sujud, kerana itu perbanyakkanlah doa dalam sujud.
[Riwayat Muslim]

  • Selepas membaca Al-Quran (terutama selepas khatam). Firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka secara tertutup atau terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian, supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya).
[Surah Al-Fatir, 29]

  • Selepas solat Maktubah (fardhu). Rasulullah mengajar doa kepada sahabat Mu’adz bin Jabal (r.a.):
Hai Mu’adz, demi Allah aku mencintaimu, kerana itu janganlah engkau meninggalkan berdoa tiap sesudah solat dengan membaca: Ya Allah tolonglah aku agar sentiasa mengingatiMu dan memperbagusi ibadahku kepadaMu.

  • Majlis Zikir atau Tahlil

  • Hari Jumaat. Sabda Rasulullah S.A.W.:
 “Pada hari Jumaat terdapat suatu saat, apabila bertepatan seorang Muslim dengan saat itu dan dia sedang solat (berdoa) meminta kebajikan kepada Allah nescaya Allah akan memperkenankannya.
[Riwayat Bukhari & Muslim]

  • Hari Arafah (9 Zulhijjah). Sabda Rasulullah S.A.W.:
Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik ucapanku dan ucapan para Nabi sebelumku ialah: Tidak ada Tuhan selain Allah sendiriNya tiada sekutu bagiNya. MilikNya kerajaan dan pujian. Dan dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

  • Malam Nifsu Sya’aban (15 Sya’aban)

  • Malam dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha)

  • Bulan Rejab. Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ada lima malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu: malam pertama daripada bulan Rejab, malam Nisfu Sya’aban, malam Jumaat dan dua hari raya.

  • Ketika ayam berkokok. Hadith bersumber dari Abu Hurairah:
Apabila kamu mendengar ayam jantan berkokok, mohonlah kepada Allah akan kurniaanNya kerana ayam itu melihat malaikat. Dan apabila kamu melihat kuda menangis maka berlindunglah kepada Allah kerana kuda itu melihat syaitan.
[Riwayat Muslim]

  • Waktu dhuha (di kala matahari sedang naik)

  • Bulan Ramadhan. Sabda Rasulullah S.A.W.:
Apabila tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah pinyu-pintu langit.
[Riwayat Mutafaq Alaih]

  • Malam Qadar. Berdasarkan kepada hadith Nabi S.A.W. apabila Ummul Mu’minin Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah:
 “Ya Rasulullah, apakah doa yang harus ku baca bertepatan malam Qadar? Rasulullah menjawab: Bacalah Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf sangat menyukai kemaafan, maka maafkanlah aku.
[Riwayat Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie]

  • Ketika hujan turun. Dari Sahal bin Saad katanya Rasulullah bersabda:
Ada dua macam doa yang tidak ditolak iaitu ketika azan dan ketika turun hujan.

  • Ketika berada dekat orang yang sakaratul maut (nazak). Hadith bersumber dari Ummu Salamah:
Rasulullah masuk ke rumah Abu Salamah, pandangan matanya terbelalak. Rasulullah menutup mata Abu Salamah dan kemudian bersabda: Apabila roh dicabut pandangan mata orang yang sakarat mengikuti rohnya sedangkan orang-orang di sekitarnya menjerit. Baginda bersabda lagi: Janganlah kamu mengatakan sesuatu atas dirimu dan keluargamu kecuali yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakana itu. Kemudian rasulullah berdoa: Ya Allah ampunkanlah Abu Salamah, tinggikanlah darjatnya dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk dan gantikanlah sepeninggalannya orang-orang yang ditinggalkannya. Ampunilah kami dan dia wahai Tuhan semesta alam. Lapangkanlah kuburnya dan berilah dia cahaya dalam kuburnya.
[Riwayat Muslim]

  • Semasa bermusafir. Sabda Rasulullah S.A.W.:
Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah, tidak syak padanya iaitu: Doa orang yang teraniaya, doa orang yang bermusafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya.
[Riwayat Abu Dawud]

  • Semasa berjihad atau menunaikan haji/umrah.
Orang yang berjihad pada jalah Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah , mereka berdoa kepada Allah lalu diterimanya.
[Riwayat Ibn Majah]

  • Semasa menerima ujian dari Allah. Firman Allah yang bermaksud:
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
[Surah al-Naml, 62]

  • Semasa peperangan. Sabda Nabi S.A.W.:
Dua jenis doa yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t atau jarang sekali ditolak : doa sewaktu azan dan doa ketika berlakunya peperangan.
[Riwayat Abu Dawud]

Rujukan:
  1. Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia. 1995. Doa: Tuntutan dan Pengertian. Kor Agama Angkatan Tentera. Kuala Lumpur.
  2. Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia. 1994. Mutiara Amal. Kor Agama Angkatan Tentera. Kuala Lumpur.