Thursday, March 31, 2011

SIAPA KITA......??????????? 

ROH KITA ASALNYA DEKAT DENGAN ALLAH, APABILA DIJAUHKAN DARI ASALNYA, DIA AKAN TERSEKSA, KESUNYIAN DAN MENDERITA SEPERTI JIWA PERANTAU YANG TERCAMPAK DI BUMI ASING, SERING GELISAH DAN MAHU MENGECAP ASAL USUL YANG TELAH DITINGGALKAN. JIKA RINTIHAN HATI KITA DIABAIKAN, AKHIRNYA IA AKAN MATI LANTARAN SAKIT RINDU KEPADA ASALNYA. BAHAWA KITA DEKAT DENGAN ALLAH, JANGAN SEKSA JIWA DAN HATI, DIA MERINTIH MAHU PULANG DARI PERANTAUAN DI DUNIA YANG MELEKAKAN INI.
BAWALAH HATI KITA KEMBALI KE ASALNYA, ASALNYA YANG SENTIASA DEKAT DENGAN ALLAH. SESUNGGUHNYA JIKA ALLAH MENCINTAI SEORANG HAMBA, MAKA DIA TENGGELAMKAN HAMBA ITU DALAM CUBAAN.
BARANGSIAPA  YANG TIDAK PERNAH MENGALAMI MUSIBAH MAKA IA JAUH DARIPADA KASIH SAYANGNYA…… DAN SESUNGGUHNYA PARA-PARA NABI YANG JUGA KEKASIHNYA…. SEMUA MENGALAMI CUBAAN SEBEGITU HEBAT APA LAGI KITA YANG MANUSIA BIASA INI..

BILA ALLAH CEPAT MAKBULKAN DOA MU, MAKA ALLAH MENYAYANGI MU, BILA ALLAH LAMBAT MAKBULKAN DOA MU, MAKA ALLAH INGIN MENGUJI MU, BILA ALLAH TIDAK MAKBULKAN DOA MU, MAKA ALLAH MERANCANG SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUK MU…..
OLEH ITU, SENTIASALAH BERSANGKA BAIK PADA ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN PUN….KERANA KASIH SAYANG ALLAH ITU MENDAHULUI KEMURKAANNYA…OLEH ITU, SAYANGILAH PADA ALLAH KERANA KEMURAHANNYA DAN TAKUTLAH PADA ALLAH KERANA SIKSANYA.

GOD, HE ALWAYS LISTEN TO YOU, HE ALWAYS SEE YOU, HE ALWAYS KNOW YOU, ALWAYS GUARDING AND PROTECTING YOU, ALWAYS MANAGING AND GIVING NIKMATY TO YOU…
WHY ARE YOU NOT TO LOVE HIM, WHY ARE YOU NOT AFRAID OF THE GOD WHO DECIDES YOUR FATE AND DESTINY????

 NABI BERSABDA: WAHAI MANUSIA SESUNGGUHNYA ALLAH BERFIRMAN KEPADA KAMU, AGAR KAMU MENYURUH MANUSIA BERBUAT BAIK DAN MENCEGAH MEREKA DARI KEMUNGKARAN,
JIKA TIDAK ALLAH AKAN MELANTIK RAJA YANG ZALIM MEMERINTAH KAMU, DAN RAJA ITU TIDAK AKAN MENGHORMATI ORANG TUA DAN JUGA TIDAK MENARUH BELAS KASIHAN PADA ORANG MUDA, DI WAKTU ITU, DOA ORANG ALIM PUN TIDAK AKAN DI TERIMA ALLAH…
KAMU MEMINTA BANTUAN TAPI ALLAH TIDAK MEMBANTUMU, KAMU MEMINTA AMPUN DAN ALLAH TIDAK MENGAMPUNKAN MU!!!!!.....

SIAPAKAH RAJA YANG AMAT ZALIM ITU SEKARANG INI???????

BERFIKIRLAH WAHAI MANUSIA….. KASIHANILAH DIRIMU SENDIRI…..
BERTAUBATLAH, BERDAKWAHLAH DAN TINGGALKAN MAKSIAT, MENGUMPAT, MUZIK YANG LEKA DAN TUTUPLAH AURATMU..IKUTILAH AJARAN ISLAM YANG SEBENAR…
.
FAHAMILAH HAKIKAT KEHIDUPAN, KETENTUAN TAKDIR ADAKALANYA TIDAK TERSINGKIR DENGAN KEINGINAN SENDIRI…..

PENGORBANAN BIARPUN PAHIT, KADANG KALA BUAHNYA MANIS, LALU LUKA DIHATI USAH DILAYAN, BIAR KITA YANG MERASAINYA DAN USAH MENGELUH KERANA SEMUA ITU TAKDIR ALLAH, DAN SEMUA ITU JIKA KITA HADAPI DENGAN TABAH, MAKA ALLAH AKAN AMPUNKAN DOSAKITA KERAN KEIKHLASAN KITA PADANYA…..

DAN BILA TERKENA SESUATU MUSIBAH KATAKANLAH “ AKU AMAT BERSYUKUR SEKALI PADA ALLAH ATAS MUSIBAH INI, JIKA INILAH CARA ALLAH NAK AMPUNKAN DOSA KITA, ALANGKAH
INDAHNYA PENDERITAAN INI”……….
DISEBALIK ANGKA 7

Allah menciptakan 7 hari dalam seminggu. Langit sebagai atap kita terdiri dari 7 tingkat atau lapisan. Tanah yang kita pijak ada 7 lapis. Tubuh kita terbahagi menjadi 7 bahagian. Surah Al Fatihah ada 7 ayat dan berbagai jumlah 7 yang lain. Tapi tahukah anda makna disebalik angka 7 itu?

Asy-Syaikh Al Imam Abu Nashr Muhammad bin Abdirrahman Al Hamdani dalam kitabnya Assab’iyyatu fi Mawa’idhil Barriyah menyatakan, Dzat Pencipta yang sangat besar kekuasaanNya dan sangat tinggi kedudukanNya iaitu Allah SWT telah menghiasi 7 perkara dengan 7 perkara. Dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap 7 perkara itu dengan 7 perkara lainnya. Hal tersebut sengaja Allah ciptakan untuk memberitahu kepada orang-orang yang berilmu bahawasanya di dalam angka 7 itu mempunyai keunikan dan rahsia yang besar.

Pertama

Allah menghiasi udara ini dengan tujuh lapis langit sebagaimana firman Allah dalam surah An-Naba’ ayat 12:

“Dan Kami (Allah) jadikan di atas kamu 7 (langit) yang kukuh.”

Allah menciptakan langit dunia pertama dari air, langit kedua dari embun, langit ketiga dari besi, langit keempat dari perak, langit kelima dari emas, langit keenam dari mutiara dan langit ketujuh dari mira delima. Setelah itu dibelahnya yang antara tiap-tiap bahagian berjarak lima ratus tahun.

Kemudian Allah menghiasi langit itu dengan tujuh bintang. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 16,

“Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan gugusan bintang di langit dan Kami telah menghiasinya bagi orang-orang yang memandangnya. ”

Tujuh bintang yang dimaksudkan adalah bintang Zuhal, Musytari, Marikh, Syamsu, Zahra, Athorid dan Qamar.

Kedua
Allah telah menghiasi tanah yang lapang dengan 7 lapis bumi. Sebagaimana firman Allah dalam surah Ath-Thalaq ayat 12,

“Allah-lah yang telah menciptakan 7 langit dan bumi seperti itu pula ….”

Kemudian Allah menghiasi (bumi) itu dengan 7 lautan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Luqman ayat 27,

“… dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya.. .”

Tujuh lautan yang dimaksud adalah lautan Thobaristan, Karman, Oman, Qolzam, Hindustan, Rum, dan Maghrib.

Ketiga
Allah telah menghiasi neraka dengan 7 tingkatan, iaitu neraka Jahannam, Sa’ir, Saqar, Jahim, Huthamah, Ladho dan Hawiyah. Tentang nama-nama neraka ini sesuai dengan firman Allah, neraka Jahannam dalam surah Al Hijr ayat 43; neraka Sa’ir dalam surah Al Inshiqaq ayat 12; neraka Saqar dalam surah Al Muddatstsir ayat 42; neraka Jahim dalam surah Asy Syura ayat 91; neraka Huthamah dalam surah Al Humazah ayat 5; neraka Ladho dalam surah Al Ma’arij ayat 15 dan neraka Hawiyah dalam surah Al Qari’ah ayat 9.

Allah menghiasi tiap-tiap neraka itu dengan 7 pintu. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 44,

“Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari mereka.”

Keempat
Allah menghiasi Al Quran dengan 7 surah yang panjang. Dan Allah menghiasinya pula dengan 7 ayat Ummul Kitab Al Fatihah, sebagaimana firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 87,

“Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah berikan kepadamu (Muhammad) 7 ayat yang dibaca berulang-ulang (iaitu Al Fatihah) dan Al Quran yang agung.”

Kelima
Allah menghiasi manusia dengan 7 anggota badan, iaitu dua tangan, dua kaki, dua lutut, dan satu wajah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh peribadatan, iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk, dan wajah dengan sujud, tujuh anggota badan manusia ini adalah tujuh anggota tempat sujud. Ada sebagian ulama yang mengatakan bahwa tujuh anggota badan manusia ini adalah otak, urat, urat saraf, tulang-belulang, daging, darah dan kulit.

Keenam
Allah menghiasi umur manusia dengan 7 tingkatan (tahap). Pada masa baru lahir dinamakan tahap radhi’ (menyusu), kemudian tahap fathim (disapih), tahap shabiyyi (bayi), tahap ghulam (kanak-kanak) , tahap syaab (pemuda atau remaja), tahap kuhul (meningkat usia antara 30-50 tahun) dan terakhir tahapan syaikh (masa tua). Selanjutnya Allah menghiasi 7 tahap umur ini dengan tujuh kalimat yaitu ucapkanlah kalimat syahadat, Laa Ilaaha IllAllaahu Muhammadur Rasuulullaah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Insyiqaq ayat 19,

“Sesungguhnya (kejadian atau penciptaan) kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan).”

Ketujuh
Allah menghiasi dunia ini dengan 7 negeri yang besar, iaitu 1. Hindustan, 2. Hijaz, 3. Bashrah, Baduyah, dan Kufah, 4. Irak, Syam (Syiria), Kurasan sampai Balakh, 5. Roma dan Armenia, 6. Ya’juj dan Ma’juj, dan 7. Cina Turkistan.

Allah menghiasi 7 negeri yang besar ini dengan tujuh hari, iaitu Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Dan Allah memuliakan ketujuh hari ini dengan tujuh dari para nabi, iaitu Allah memuliakan Nabi Musa dengan hari Sabtu, Isa bin Maryam dengan hari Ahad, Dawud dengan hari Isnin, Sulaiman dengan hari Selasa, Ya’qub dengan Rabu, Adam dengan hari Khamis dan Muhammad beserta umatnya dengan hari Jumaat.

Secara amnya, masih banyak lagi rahsia angka tujuh yang lain. Dalam masyarakat kita juga mengenal tradisi dengan angka tujuh contohnya hamil tujuh bulan, tujuh hari kematian, sumpah tujuh turunan dan lain-lain.

Kehamilan pada usia tujuh bulan dimaksudkan kerana pada umur tujuh bulan ini si janin sudah dalam keadaan sempurna, baik dari segi fizikal mahupun ruhnya dan siap untuk dilahirkan. Manakala mengenang tujuh hari kematian kerana pada hari ke tujuh ini para ahli waris sudah mulai melupakan atau menerima kepergian si mati. Tentang sumpah tujuh turunan, kerana kita pada kebiasaannya mengenal nasab kita ke atas rata-rata sampai peringkat tujuh keturunan sahaja, bagi keturunaan kelapan dan seterusnya mungkin kita sudah tidak mengenalnya lagi.

Namun begitu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri tidak pernah mengajarkan tradisi-tradisi yang disebutkan tadi. Begitu pula dengan para Imam Mazhab dan para ulama tidak pernah mengajarkan hal-hal yang demikian. Dan yang pasti hanya Allah yang tahu rahsia angka 7 tersebut kerana Dialah yang menciptakan.
7 AYAT CINTA

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam: 


Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan. 

1. Bismillaahirrahmaanirrahiim : Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

2. Alhamdulliah : Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu. 

3. Astaghfirullah : Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk. 

4. Insya Allah : Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. 

5. Laahaulawalaa quuwataillaabillaah : Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk. 

6. Innaalillah : Jika menghadapi musibah atau melihat kematian. 

7. Laailaahaillallah : Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. 

Wallahua'lam...
AMALAN-AMALAN BAIK TAPI TERBALIK
 
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik: 

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. 

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahu pun di masjid, pakaian lebih kurang saja ,bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca al-Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumah-Nya segan dan malas. 

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masya-Allah. 
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia atau tidak bahagia. 

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

KISAH BENAR SEORANG CIKGU

Hati Hati Makan Organ Dalaman Haiwan.


PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU AL-QURAN & HADIS
Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.
Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.
Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumNya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalaman“. Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti: hati; paru-paru; perut; hempedal; buah pinggang; jantung; telur ayam yang belum keluar dari perut ayam; telur ikan; dan sebagainya.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?
Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang.

Doktor di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar mata pelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan isteri saya.
Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikansupplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.
Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu talesemia. Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?
Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.
Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.
Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .
Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar:-

1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsb nya;
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya;
3. Elakkan minuman bergas;
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah;
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit;
6. Makan buah delima; dan
7. Makan epal hijau.

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmat Mu.
Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah.

Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudarat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi, Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.
Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudarat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakitleukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudaratnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun.Subhanallah.
Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.
SEMOGA PEMBACA AMBIL PEDOMAN DAN PANDUAN DARI ARTIKEL INI..
DAN SEMOGA SEMUA SENTIASA DIBERIKAN PERTUNJUK DAN HIDAYAH OLEH ALLAH S.W.T

Saturday, March 26, 2011

PERMATA YANG HILANG( HAJI MAT SHAFIE LOSONG)

SYAIKH AHMAD AL-ZABIDI AL-YAMANI

PENDAHULUAN

Syaikh Ahmad Al-Zabidi Al-Yamani berasal dari daerah Zabid di negeri Yaman Utara. Zabid terletak agak hampir dengan pantai, tidak jauh dari pelabuhan Hodeidah. Daerah Zabid dikenali sebagai Madinatul Ilmi atau Bandar Ilmu. Terdapat sebuah universiti di Zabid buat masa ini yang dinamakan sebagai University of Zabid. Ramai ulama Islam yang datang dari daerah tersebut. Antara yang terkenal ialah pengarang kitab Ithaf Alsadah Almuttaqin (Syarah Ihya Ulumuddin) iaitu Syaikh Muhammad Al-Hussaini Al-Zubaidi - pengarang Kitab Hadith dari Koleksi Al-Bukhari. Mereka yang berasal dari Zabid dikenali dengan gelaran Al-Zabidi atau Al-Zubaidi.

NASAB BELIAU

Nasab beliau dikatakan sampai kepada salah seorang sahabat Rasulullah.Menurut keterangan sejarah, Zabid merupakan tempat asalnya seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Abu Musa al-Asya’ari. Abu Musa telah mendatangi Rasulullah SAW untuk menyatakan syahadah dan pulang semula untuk mengislamkan penduduk Zabid. Kemudian Abu Musa telah menyertai Rasulullah SAW dalam banyak peperangan jihad.


Menurut sejarah lagi antara sahabat Rasulullah yang berasal dari Yaman ialah Huzaifah Al-Yamani sedangkan Muaz bin Jabal pula diutuskan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai gabenor Yaman. Orang-orang Yaman dikenali sebagai orang yang berilmu, pejuang Islam dan suka merantau serta berdagang. Manakala Tabiin pula antaranya ialah Imam Malik bin Anas (bapanya dari Yaman) dan Uwais Al-Qarniy yang pernah  Rasulullah berpesan kepada sahabat supaya meminta ia (Uwais) mendoakan mereka jika bertemu beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Ia (Uwais) tidak terkenal di bumi tetapi terkenal di kalangan penghuni langit." Uwais hidup sezaman dengan Rasulullah s.a.w. tetapi tidak sempat bertemu baginda s.a.w. Oleh yang demikian ia (Uwais) dikategorikan sebagai Tabiin. 

PUJIAN RASULULLAH SAW KEPADA AHLI YAMAN

Uqbah bin Amr (Abu Msa`uud) r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Iman itu di sini, sambil menunjuk ke arah negeri Yaman, sedang keras hati dan kekejaman itu ada pada hartawan ternak yang selalu di belakang ekor unta, di tempat keluarnya tanduk syaitan di suku Rabi`ah dan Mudhar." (Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda: "Telah datang kepadamu orang-orang Yaman, mereka itu lebih jinak hatinya dan halus perasaannya. Fiqih itu layak pada orang Yaman dan hikmat itu juga Yamaniyah." (Bukhari & Muslim)


  AL- MARHUM TUAN GURU HAJI MAT SHAFIE LOSONG (1862-1945)



Keturunan Syaikh Ahmad Al-Zabidi Al-Yamani


Haji Mat Shafie Losong(Haji Mohd Shafie bin Haji Mohd Amin bin Haji Abdul Rahman(Tok Subuh) bin Syaikh Ahmad Al Zabidi Al Yamani.

Seperti yang telah disebut sebelum ini, sejumlah besar keturunan Syaikh Ahmad Al-Zabidi Al-Yamani bermastautin di Kedah seperti di Tanjung Maseri Alor Setar, Merbok, Kuala Kangkong, Langgar, Sungai Kedak dan Yan. Di Terengganu pula, sejumlah besar mereka menetap di sekitar Losong Haji Mat Shafie (Haji Mat Shafie Losong adalah cucu kepada Tok Subuh Abdul Rahman) yang berhijrah ke Terengganu untuk belajar dari Tokku Paloh (Syed Abdul Rahman Al-Idrus) dan terus berumahtangga dan membuka pengajian pondok di Kampung Wakaf Nyior Kembar atau Losong, Kuala Terengganu. Kampung tersebut dikenali sebagai Losong Haji Mat Shafie sehingga sekarang.
Haji Mat Shafie mengajar Kitab Jawi dan Kitab Arab yang merangkumi Feqah, Nahu, Tafsir dan Tasawwuf.
Haji Mat Shafie meninggal dunia pada tahun 1945 dan dimakamkan berhampiran dengan rumahnya.
Haji Mat Shafie hidup sezaman dengan Tok Kenali Kelantan. Tok Kenali pernah berkata: "Tidak ada orang lain (di zaman itu) yang lebih dalam ilmu tasawwufnya dari Haji Mat Shafie Losong"

Ketokohan Hj Mat Shafie

Haji Mat Shafie Losong terkenal sebagai ulama yang sangat warak dan penuh dengan kekeramatan. Sewaktu Terengganu dilanda kemarau pada awal kurun ke-20, pemerintah Terengganu akan bertanya kepada  beliau di mana tempat yang perlu digali perigi kerana tempat yang ditunjukinya biasanya akan mempunyai air.

Beliau selalu berjalan dalam keadaan tunduk bagi menundukkan pandangan dari aurat wanita.  Di sebelah rumah beliau terdapat sebuah pondok kecil tempat beliau bermuqorrobah dengan Allah swt. Beliau adalah pengamal Tariqat Syatariah. Isteri beliau Allahyarhamah Hajjah Su pernah menceritakan di akhir-akhir hayat beliau, Haji Mat Shafie begitu asyik berzikrullah sehingga kadangkala beliau lupa untuk makan, lalu disuap makanan oleh isteri beliau. Begitulah gambaran seorang ulama kekasih Allah. . Sewaktu penaklukan Jepun beliau dilihat menghembus sesuatu ke arah kapal terbang Jepun dan bom tentera Jepun tidak jatuh di sekitar tempat beliau menetap. Semoga roh Al-Marhum Tuan Guru Haji Mat Shafie sentiasa di cucuri rahmat oleh ALLAH S.W.T....Amin.....