Monday, July 18, 2011

DOA PENDINDING & PENGGERAK SANTAU ATAU SIHIR

Sebelum kena santau atau disantau tanpa sebab musabab. Amalkan ayat-ayat pendinding diri seperti ayat dari SURAH TAHA (AYAT 1-5) dan SURAH AS SAFFAT AYAT 7 atau amalkan ayat dibawah ini.




Doa ini untuk memelihara diri kita dan keluarga kita dari terkena gangguan makhluk halus terutama Jin/IBlis dan syaitan. Ayatnya pendek dan senang dihafal dari Surah As Saffat, ayat 7. Semuga dibaca setiap kali selepas solat atau bila terasa diri tidak beberapa sehat terutama waktu maghrib.
As Saffat
As-Saffat.png

Surah As-Saffat ( "Yang Bersaf-Saf") adalah surah ke-37 dalam al-Qur'an. Surah ini terdiri atas 182 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyah serta diturunkan sesudah surah Al-An'am. Dinamai dengan As-Saffat (Yang Bersaf-Saf) diambil dari kata serupa yang terletak pada ayat permulaan surah ini yang menceritakan bagaimana para malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhannya dimana mereka tidak dapat digoda oleh setan.






AYAT PENGGERAK


Cara-cara:

Bacalah ayat ini 3 x sebelum keluar rumah, ketika masuk ke pejabat, ketika masuk ke dalam kereta, ketika hendak makan, ketika hendak minum, ketika hendak pegang tangkal, dsb. InsyaAllah akan terhindar dari mara bahaya. 

Doa ini juga dikenali sebagai doa Khalid al-Walid sebab Rasulullah s.a.w. menyuruh beliau membaca doa ini apabila beliau mengadu masalahnya kepada baginda.

Dari sembang-sembang dengan seorang Pengamal Perubatan Santau yang merawat pesakit. Kebanyakan yang kena santau adalah kaum wanita daripada kaum lelaki. Katanya lagi 6 wanita dan 2 lelaki nisbahnya. Teruk sungguh macam ni. Kadang-kadang dikalangan yang mengamal santau ada juga Mat Rempit. Kerana nak tunjuk kegagahannya dan itu sangat merbahaya. Biar Mat Rempit macam ni "Mati Katak" sahaja daripada menyakiti orang lain.

Mengapa guna Santau??

Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin. Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. 

Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa. Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.

Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka. Santau juga pernah disebut dalam Hikayat Abdullah. Santau secara umumnya digunakan bagi meracun dan membunuh atau melumpuhkan musuh

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau antaranya serbuk kaca lampu kalimantang, bisa ular,miang buluh,miang rebung, hempedu katak puru,tulang binatang mati beragan dan banyak lagi. Bagi kami santau ini motonya ialah 2M iaitu menyeksa dan membunuh.Sebagai contoh kalau kita baru terkena santau di kedai makan, biasanya kesan yang akan ketahui ialah selepas 2 tahun.

Santau ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
  • Santau angin
  • Santau tuju
  • Santau makanan dan minuman
  • Santau langkah
1) Santau Bertuan ( ada Jin ).

Santau bertuan bermaksud santau yang disertai dengan pemujaan jin, iblis dan syaitan. Biasanya santau ini mempunyai Jin Bersayap kategori Jin Angin yang menjaga santau yang dihantar terhadap mangsa santau.

2) Santau kosong( tiada Jin ).

Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan Jin dan syaitan menjaganya. Tetapi tetap dihantar secara ghaib atau diletakkan dalam makanan atau minuman oleh seseorang yang ingin menyantau orang lain.

Tanda-tanda terkena santau:

Santau dikenakan kepada seseorang supaya dia menderita berpanjangan tanpa menyedari yang dirinya terkena santau. Kesan santau kebanyakannya tidak berlaku secara mengejut atau mendadak seperti yang terjadi kepada mangsa keracunan. Namun santau yang cukup masak boleh menyebabkan kematian sekiranya mangsa tidak segera dirawat.

Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat, permulaan batuk disertai dengan pening kepala dan demam pagi dan petang. Batuk ini berlainan daripada batuk biasa. Ia lebih merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak
  • Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah serta keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca atau miang buluh
  • Lenguh seluruh anggota badan
  • Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk
  • Sakit dan sesak nafas terutama waktu maghrib
  • Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu ke tiga bulan atau lebih
  • Mimpi barang-barang seperti miang buluh dan ulat bulu
  • Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan duri
  • Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi
  • Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut
  • Mimpi berjumpa dengan ular dan binatang menakutkan
  • Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi
  • Mimpi jumpa Paderi Kristian, Sami Budha atau mimpi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.
Kesan-kesan santau :
  • Hilang daya ingatan
  • Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t
  • Kulit boleh merekah serta keluar air dan nanah
  • Mendapat penyakit kulit yang berlarutan dan tidak sembuh dengan ubat hospital
  • Tabiat akan menjadi berubah, jika seorang yang sabar jadi panas baran
  • Bulu di seluruh badan selalu gugur, badan boleh jadi licin tiada bulu
  • Badan menjadi sedikit bongkok kesan akibat batuk berpanjangan
  • Kelopak mata menjadi kehitaman akibat dari tidur yang sering terganggu
  • Terjadinya Kanser dan ketumbuhan
  • Jika pesakit hamil maka mungkin berlaku keguguran
Sekiranya ada tanda-tanda diatas. Buat pemeriksaan Pakar Perubatan dari Hospital dahulu. Jika tidak ada sebarang penyakit dari laporan perubatan, baru carilah Pengamal Yang Pakar Tentang Santau atau dapatkan rawatan Di Darussyifa.  InsyaAllah akan dapat membantu anda yang terkena santau. 

Wasallam.


DOA BENTENG DIRI AYAT 7 SURAH YASSIN

DOA PENUMBUK KUAT / DERAS

Sepertimana dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, bahawa Nabi saw berkata:
“Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai oleh Allah daripada mukmim yang lemah.”
Tenaga atau kederat kebanyakkan wanita adalah lemah berbanding dengan kaum lelaki. Dengan mengamalkan doa ini. Penumbuk wanita tersebut boleh menumbangkan musuhnya walaupun musuh itu kuat darinya. Doa Penumbuk Deras/Kuat ini digunakan semasa nyawa sedang terancam. Gunakan ayat ini bila diperlukan sahaja. Gunakan untuk menyelamatkan diri. Jangan gunakan untuk menganiayai orang lain.

Kaum lelaki yang lemah dan sering dibuli atau nyawa sedang terancam boleh mengamalkan doa ini. Guna untuk menyelamat nyawa orang lain bila terjadi dihadapan anda. Jangan lari atau tengok sahaja kawan anda dibelasah tanpa berbuat apa-apa. 

Cara-cara:

Amalkan selepas solat. Baca 3 x sebelum menumbuk tepat pada muka atau badan musuh untuk menumbangnya ke tanah. InsyaAllah Allah akan memelihara hambaNya yang lemah dari perbuatan dan niat jahat orang yang mengancam nyawa hambaNya. Semuga mendapat pertolonganNya disaat anda memerlukan.


Terjemahannya:

"Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)."

Wasallam.


DOA MELARISKAN PERNIAGAAN

SURAH FAATHIR 

"Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya."

Selain mengamalkan dan membaca Ayat 1000 Dinar. Bagi yang menceburi bidang perniagaan tak kira online bisnes, offline, direct selling atau perniagaan restoran makanan. Eloklah mengamalkan ayat-ayat dari Surah Faathir, ayat 29 dan 30. Makna pada terjemahannya cukup baik dan indah sekali. 

Tidak payah lagi mencari pelaris yang belum pasti kebenarannya dan tidak bercampur aduk dengan sihir. Takut-takut disebabkan pelaris itu. Aqidah kita boleh terpesong. Yang melariskan adalah kehendakNya dengan daya usaha sendiri yang diberkati oleh Allah SWT. Minta dan mohon kepadaNya dengan membaca ayat-ayat tersebut.


Terjemahannya:

Ayat 29
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; 

Ayat 30

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

Ramai orang Melayu cuma mengamalkan doa-doa pelaris beserta ayat-ayat suci Al-quran hanya ketika melakukan perniagan mereka sahaja, tetapi amalan-amalan wajib lain ditinggalkan. Bagaimana nak maju dalam perniagaan jikalau macam ni! Jadi jangan tinggalkan yang wajib untuk mendapatkan rahmatNya.

Wasallam.

DOA RAWATAN LUMPUH ATAU STROK



Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah: 

1. Bersenam atau beriadah. 
2. Mengawal pengambilan makanan. 

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan) . 

Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan berikut:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 

2. Rasulullah saw mengamalkan minum segelas air setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit.  

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa. Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan. 

4. Dalam kitab ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. 

5. Nabi SAW mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga para saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis kimia percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Gejala, Penyebab, dan Akibat Stroke

Strok termasuk penyakit serebrovaskuler (pembuluh darah otak) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral) yang terjadi kerana berkurangnya aliran darah dan oksigen ke otak. Berkurangnya aliran darah dan oksigen ini boleh disebabkan adanya sumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah.

WHO mendefinisikan bahawa strok adalah gejala-gejala penurunan fungsi susunan saraf yang diakibatkan oleh penyakit pembuluh darah otak dan bukan oleh yang lain dari itu.

Strok dibagi menjadi dua jenis yaitu: 
1. strok iskemik 
2. strok hemorragik.

Strok iskemik yaitu tersumbatnya pembuluh darah yang menyebabkan aliran darah ke otak sebahagian atau keseluruhan terhenti. 80% strok adalah strok Iskemik. Strok iskemik ini dibagi menjadi 3 jenis, yaitu :

1. Strok Trombotik: proses terbentuknya thrombus yang membuat penggumpalan.
2. Strok Embolik: Tertutupnya pembuluh arteri oleh bekuan darah.
Hipoperfusion Sistemik: Berkurangnya aliran darah ke seluruh bahagian tubuh kerana adanya gangguan denyut jantung.
3.Strok hemoragik adalah strok yang disebabkan oleh pecahnya pembuluh darah otak. Hampir 70% pesakit strok hemoragik terjadi pada pengidap tekanan darah tinggi.

Strok hemoragik ada 2 jenis, yaitu:

1. Hemoragik Intraserebral: pendarahan yang terjadi didalam jaringan otak.
2. Hemoragik Subaraknoid: pendarahan yang terjadi pada ruang subaraknoid (ruang sempit antara permukaan otak dan lapisan jaringan yang menutupi otak).

Tanda dan Gejala-gejala Stroke

Berdasarkan lokasinya di tubuh, gejala-gejala strok terbahagi menjadi berikut:

Bahagian sistem saraf pusat: Kelemahan otot (hemiplegia), kaku, menurunnya fungsi sensorik
Batang otak, dimana terdapat 12 saraf kranial: menurun kemampuan membau, mengecap, mendengar, dan melihat parsial atau keseluruhan, refleks menurun, ekspresi wajah terganggu, pernafasan dan detak jantung terganggu, lidah lemah.

Cerebral cortex: aphasia, apraxia, daya ingat menurun, hemineglect, kebingungan.
Jika tanda-tanda dan gejala tersebut hilang dalam waktu 24 jam, dinyatakan sebagai Transient Ischemic Attack (TIA), dimana merupakan serangan kecil atau serangan awal strok.

Faktor Penyebab Strok

Faktor risiko medik, antara lain Hipertensi (penyakit tekanan darah tinggi), Kolesterol, Aterosklerosis (pengerasan pembuluh darah), Gangguan jantung, diabetes, Riwayat strok dalam keluarga, Migrain.

Faktor resiko perilaku, antara lain Merokok (aktif & pasif), Makanan tidak sehat (junk food, fast food), Alkohol, Kurang bersenam, Mendengkur, Kontrasepsi oral, Narkoba, Obesiti.

80% penyebab strok adalah tekanan darah tinggi dan arteriosklerosis, Menurut statistik. 93% pengidap penyakit trombosis ada hubungannya dengan penyakit tekanan darah tinggi.

Penyebab strok pada dasarnya adalah, suasana hati yang tidak tenteram (marah-marah), terlalu banyak minum alkohol, merokok dan senang mengambil makanan yang berlemak.

Derita selepas serangan Strok

Sudah Jatuh tertimpa Tangga Pula, peribahasa itulah yang tepat bagi penderita Strok.

Setelah strok, sel otak mati dan hematom yg terbentuk akan diserap kembali secara bertahap. Proses alami ini selesai dalam waktu 3 bulan. Pada saat itu, 1/3 orang yang selamat menjadi tergantung dan mungkin mengalami komplikasi yang dapat menyebabkan kematian atau cacat

Diperkirakan ada 500.000 penduduk yang terkena strok. Dari jumlah tersebut:

1/3 --> boleh pulih kembali,
1/3 --> mengalami gangguan fungsional ringan sampai sedang,
1/3 sisanya --> mengalami gangguan fungsional berat yang mengharuskan penderita terus menerus di katil (lumpuh).
Hanya 10-15 % penderita strok boleh kembali hidup normal seperti sedia kala, bakinya mengalami cacat, sehingga banyak penderita Strok menderita stress akibat kecacatan yang ditimbulkan setelah diserang strok.

Akibat Strok lainnya:

80% penurunan parsial/ total gerakan lengan dan kaki.
80-90% bermasalah dalam berfikir dan mengingat.
70% menderita depresi.
30 % mengalami kesulitan bercakap, menelan, membedakan kanan dan kiri.
Strok tak lagi hanya menyerang golongan lanjut usia, namum kini cenderung menyerang generasi muda yang masih produktif. Strok juga tak lagi menjadi milik warga kota yang mewah , namun juga dialami oleh warga yang miskin yang hidup dengan serba kekurangan.

Hal ini akan menampakkan terhadap menurunnya tingkat produktiviti serta dapat mengakibatkan terganggunya sosial ekonomi keluarga. Selain kerana besarnya pembiayaan mengubat selepas serangan strok , juga yang menderita strok adalah keluarga yang biasanya kurang melakukan gaya hidup sehat, akibat kesibukan yang padat.

Strok dapat dicegah, 
Hampir 85% dari semua stroke dapat DICEGAH ,

Kerana ancaman strok hingga meragut nyawa dan derita akibat strok. Hidup BEBAS tanpa STROK merupakan impian bagi semua orang. 

Tak hairan semua orang selalu berupaya untuk mencegah Strok atau mengurangi faktor risiko dengan menerapkan cara hidup sehat, senaman yang teratur, menghindari stress hingga meminum ubat atau suplemen untuk menjaga kesihatan pembuluh darah hingga dapat mencegah terjadinya Strok.

Semoga mengamalkan gaya hidup yang sehat kerana semua penyakit adalah atas ketentuanNya dan mohonlah kepadaNya untuk menjadi sihat semula supaya kita dapat beribadat kepadaNya.

Wasallam. 


DOA ELAK GANGGUAN ULAR DAN BINATANG BERBISA

Ular adalah binatang yang sangat ditakuti oleh manusia dari dahulu lagi. Sejak Nabi Adam AS lagi, Iblis telah menyamar menyerupai ular untuk masuk ke dalam syurga untuk menggoda Nabi Adam AS dan Hawa supaya melanggar perintah Allah SWT iaitu memakan buah khuldi. Dipendekkan cerita, Nabi Adam AS dan Hawa dihukum Allah SWT untuk turun ke dunia kerana mengingkari arahanNya.




Salaamun 'alaa Nuuhin fil' aalamiin innaka haamidum majid


Maksudnya : Selamat sejahtera kepada Nabi Nuh di alam semesta

CARANYA:

Hendaklah dibacakan sebanyak 3 kali sebelum melangkah keluar dari rumah atau ke dalam kawasan yang semak seperi kebun getah/ladang kelapa sawit yang banyak ular jenis  ular tedung. Negeri disebelah utara seperti Kedah terutama Sg Petani/Gurun dan kawasan disana memang banyak ular kapak yang selalu memasuki rumah orang. Untuk yang selalu masuk ke hutan seperti anggota tentera. Baca dahulu doa ini di pinggir hutan sebelum masuk hutan. InsyaAllah dipelihara dari segala binatang bisa seperti ular, kala jengking, lipan dll.

DOA RAWATAN JIKA TERKENA PATUKAN ULAR ATAU BINATANG BISA


TERJEMAHAN:

1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
2. Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui setiap sesuatu.
3. Dengan nama Allah yang maha pencipta lagi maha mengetahui, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha menguasai lagi maha mengetahui.
4. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha bijaksana.
5. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha berkuasa.
6. Dengan nama Allah yang maha perkasa lagi maha mulia, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha perkasa lagi maha mulia.
7. Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha mengasihani, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha pengampun lagi maha mengasihani.

CARA-CARA RAWATAN

Sekiranya mangsa yang terkena patukan ular berada jauh dari hospital yang mengambil masa yang lama untuk sampai bagi menerima rawatan terutama yang berada di kawasan pendalaman seperti Sabah atau Sarawak elok ikhtiarkan cara ini. InsyaAllah dapat menyelamatkan si mangsa tersebut.

1. Air sebotol.
2. Kain atau tuala.
3. Selawat Nabi 3x.
3. Baca Al-Fatihah 1x.
4. Baca Bismillah Tujuh 1x.

Setelah doa dibaca, ditiupkan kepada air dalam botol dan pada tempat luka kena patuk ular. Air diberi minum kepada mangsa sebanyak yang boleh dan menyapu air doa pada tempat luka terbut. Basahkan kain atau tuala dengan air yang didoakan dan diikat pada tempat luka kena patuk ular tersebut. InsyaAllah. Allah SWT adalah sebaik-baik Pemelihara, dan dia Maha Mengasihani dari segala-galanya. 

Wasallam.


DOA ELAK BOT KARAM, KECURIAN DAN SERANGAN MUSUH

Surah Al-Mu'minun 
1. Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.


Surah Al-Mu'minun: Ayat 28
2. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

Ayat 28 dari surah ini hendaklah menjadi sebahagian doa kita untuk menjaga keselamatan diri, ahli keluarga, harta dan nyawa. Jika terdaya baca semua surah Al-Mu'minun. Malang tidak berbau. Sekiranya terjadi kepada diri dan ahli keluarga yang selalu menggunakan jalan air seperti di Sungai Sarawak atau mencari nafkah di laut terutama sekali kerja-kerja menangkap ikan seperti nelayan. Atau yang selalu bawa famili bercuti di pulau-pulau.

Begitu juga kita menghalang rumah dari dimasuki perompak serta serangan musuh seperti dirompak dan dibunuh. Harian Metro semalam melaporkan taktik baru perompak iaitu membakar rumah untuk menghilangkan kesan serta bukti rompakan mereka.  Semoga dilindung dan peliharaNya dari sebarang perkara buruk.

Terjemahannya:

Ayat 28:
"Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim."

Wasallam.


DOA UNTUK ELAK PERGADUHAN SUAMI ISTERI DAN ANAK


Terjemahan Surah Al-Baqarah: Ayat 102

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.


Wasallam.


DOA NURUN NUBUWWAH & RAHSIANYA

klik untuk baca
Ertinya:

“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. 

Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orangyang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s.,orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagiorang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”.Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha SuciAllah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”


BACA LAH DOA INI SELALU DAN POHONLAH HAJAT YANG DI KEHENDAKI SETIAP MASA TERUTAMA SELEPAS SOLAT FARDU.

Dan Allah SWT berfirman:

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina"- surah al-Mu'min: 60"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul'" -surah al-Baqarah: 186.

Di riwayatkan bahawa doa ini di sampaikan kepada Nabi oleh Malaikat Jibril pada suatu pagi ketika Nabi sedang duduk bersama para sahabat selepas solat subuh.


Di antara khasiat –khasiatnya adalah seperti berikut;

(1) Pelindung dari Sihir.
Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuhketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tibadatanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, serayaberkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu WaTaala untuk menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah”. Selanjutnyabeliau bersabda :”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya biladi baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidakhafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau penyakit.

(2) Hajat Tercapai.
Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allahapa pun hajatnya akan segera terlaksana.

(3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus.
Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisantersebut di letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang ditempati syaitan atau iblis,jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktusingkat mereka akan bubar dan minggat tanpa kembali lagi.

(4) Dimuliakan orang.
Rasulullah SAW bersabda , ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.”

(5) Pengasih
Bilamana anda ingin mendekati raja / menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini padatiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang andadekati itu akan menaruh kasih sayang.

(6) Air masin menjadi tawar
Bilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh andaminum.

(7) Bertemu para nabi.
Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali,kemudian tidur, Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, disamping itu siapa pun pun yang melihatnya akan menaruh kasih sayang,dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun Nubuwwah inihingga sampai anak cucu.

(8 ) Penyembuh Kesakitan.
Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyakkelapa / sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yang sakit, Insya’Allah akan lekas sembuh.

(9) Mengubat dari kerasukan.
Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara mengubatinya adalah sebagaimana di atas.

(10) Kuat berjalan
Bilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daunsirih yang bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepalahingga kaki, Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh itu.

(11) Turun hujan.
Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan, maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turunhujan.

(12) Pengaman bagi orang bertengkar
Bilamana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainyamaka bacalah doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling memaafkan.

(13) Musuh menjadi takut
Bilamana anda pergi berperang (fisabilillah), bacalah doa ini,Insya’ Allah tidak di kejar musuh, bahkan musuh akan lari tungganglanggang ketika bertemu dengan anda.

(14) Sulit bersalin.
Bilamana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan, Insya’ Allah bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu.

(15) Sakit mata
Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu. Insya’Allah akan lekas sembuh.

(16) Penawar gigitan ular
Bilamana ada orang digigit ular, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu, Insya’Allah akan lekas sembuh.

(17) Raja Jin.
Bilamana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik sucibadan dan tempat, kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat.Insya’ Allah anda akan dijumpai oleh si raja jin itu.

(18 ) Terhindar dari Kekufuran.
Bilamana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluhkali, Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan buruk.

(19) Menjumpai Jin.
Suatu keajaiban yang luar biasa bilamana ada jin yang ingin menyerupaimanusia, maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini, begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut.

(20) Penyelamat siksa neraka.
Bilamana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan.

(21) Ingin mimpi yang indah.
Bilamana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu, sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai.

(22) Awet Muda
Bilamana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia sudah lanjut.

(23) Memberi keselamatan.
Bilamana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka.

(24) Menjadi kuat
Bilamana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(25) Gigitan yang kuat
Bilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(26) Penyeri wajah.
Bilamana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok sehingga banyak wanita yang terpikat.

(27) Binatang menjadi patuh.
Bilamana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhadap anda.

(28 ) Melamar wanita.
Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah seharidan malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus ditempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima.

(29) Harta dunia.
Bilamana anda ingin harta dunia, maka bacalah doa ini pada kunyit (kunyit putih / temu) kemudian tanamlah di tanah, Insya’Allah akan jadi emas, tapi jangan berbicara atau beritahu orang lain. Semua atas kehendakNya.

Wasallam.



DOA KEAMPUNAN DAN MEMINTA KASIH ALLAH

SURAH AL-A'RAF: AYAT 23 

"Barangsiapa membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya." 



Terjemahannya:

"Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

Doa ini sebagai doa taubat. Apabila kita telah melakukan dosa besar atau dosa kecil. Maka harus memohon ampun dari Allah SWT, lalu bacalah doa ini. Bacalah doa ini setiap kali selepas solat dengan hati yang iklas dan tawaduk.

Doa ini dibaca oleh Nabi Adam AS setelah diturunkan ke bumi setelah tergelincir kedalam perbuatan dosa setelah termakan buah khuldi dari pohon yang terlarang.

Wasallam.