Monday, July 18, 2011

DOA PENDINDING & PENGGERAK SANTAU ATAU SIHIR

Sebelum kena santau atau disantau tanpa sebab musabab. Amalkan ayat-ayat pendinding diri seperti ayat dari SURAH TAHA (AYAT 1-5) dan SURAH AS SAFFAT AYAT 7 atau amalkan ayat dibawah ini.




Doa ini untuk memelihara diri kita dan keluarga kita dari terkena gangguan makhluk halus terutama Jin/IBlis dan syaitan. Ayatnya pendek dan senang dihafal dari Surah As Saffat, ayat 7. Semuga dibaca setiap kali selepas solat atau bila terasa diri tidak beberapa sehat terutama waktu maghrib.
As Saffat
As-Saffat.png

Surah As-Saffat ( "Yang Bersaf-Saf") adalah surah ke-37 dalam al-Qur'an. Surah ini terdiri atas 182 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyah serta diturunkan sesudah surah Al-An'am. Dinamai dengan As-Saffat (Yang Bersaf-Saf) diambil dari kata serupa yang terletak pada ayat permulaan surah ini yang menceritakan bagaimana para malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhannya dimana mereka tidak dapat digoda oleh setan.






AYAT PENGGERAK


Cara-cara:

Bacalah ayat ini 3 x sebelum keluar rumah, ketika masuk ke pejabat, ketika masuk ke dalam kereta, ketika hendak makan, ketika hendak minum, ketika hendak pegang tangkal, dsb. InsyaAllah akan terhindar dari mara bahaya. 

Doa ini juga dikenali sebagai doa Khalid al-Walid sebab Rasulullah s.a.w. menyuruh beliau membaca doa ini apabila beliau mengadu masalahnya kepada baginda.

Dari sembang-sembang dengan seorang Pengamal Perubatan Santau yang merawat pesakit. Kebanyakan yang kena santau adalah kaum wanita daripada kaum lelaki. Katanya lagi 6 wanita dan 2 lelaki nisbahnya. Teruk sungguh macam ni. Kadang-kadang dikalangan yang mengamal santau ada juga Mat Rempit. Kerana nak tunjuk kegagahannya dan itu sangat merbahaya. Biar Mat Rempit macam ni "Mati Katak" sahaja daripada menyakiti orang lain.

Mengapa guna Santau??

Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin. Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. 

Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa. Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.

Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka. Santau juga pernah disebut dalam Hikayat Abdullah. Santau secara umumnya digunakan bagi meracun dan membunuh atau melumpuhkan musuh

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau antaranya serbuk kaca lampu kalimantang, bisa ular,miang buluh,miang rebung, hempedu katak puru,tulang binatang mati beragan dan banyak lagi. Bagi kami santau ini motonya ialah 2M iaitu menyeksa dan membunuh.Sebagai contoh kalau kita baru terkena santau di kedai makan, biasanya kesan yang akan ketahui ialah selepas 2 tahun.

Santau ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
  • Santau angin
  • Santau tuju
  • Santau makanan dan minuman
  • Santau langkah
1) Santau Bertuan ( ada Jin ).

Santau bertuan bermaksud santau yang disertai dengan pemujaan jin, iblis dan syaitan. Biasanya santau ini mempunyai Jin Bersayap kategori Jin Angin yang menjaga santau yang dihantar terhadap mangsa santau.

2) Santau kosong( tiada Jin ).

Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan Jin dan syaitan menjaganya. Tetapi tetap dihantar secara ghaib atau diletakkan dalam makanan atau minuman oleh seseorang yang ingin menyantau orang lain.

Tanda-tanda terkena santau:

Santau dikenakan kepada seseorang supaya dia menderita berpanjangan tanpa menyedari yang dirinya terkena santau. Kesan santau kebanyakannya tidak berlaku secara mengejut atau mendadak seperti yang terjadi kepada mangsa keracunan. Namun santau yang cukup masak boleh menyebabkan kematian sekiranya mangsa tidak segera dirawat.

Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat, permulaan batuk disertai dengan pening kepala dan demam pagi dan petang. Batuk ini berlainan daripada batuk biasa. Ia lebih merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak
  • Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah serta keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca atau miang buluh
  • Lenguh seluruh anggota badan
  • Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk
  • Sakit dan sesak nafas terutama waktu maghrib
  • Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu ke tiga bulan atau lebih
  • Mimpi barang-barang seperti miang buluh dan ulat bulu
  • Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan duri
  • Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi
  • Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut
  • Mimpi berjumpa dengan ular dan binatang menakutkan
  • Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi
  • Mimpi jumpa Paderi Kristian, Sami Budha atau mimpi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.
Kesan-kesan santau :
  • Hilang daya ingatan
  • Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t
  • Kulit boleh merekah serta keluar air dan nanah
  • Mendapat penyakit kulit yang berlarutan dan tidak sembuh dengan ubat hospital
  • Tabiat akan menjadi berubah, jika seorang yang sabar jadi panas baran
  • Bulu di seluruh badan selalu gugur, badan boleh jadi licin tiada bulu
  • Badan menjadi sedikit bongkok kesan akibat batuk berpanjangan
  • Kelopak mata menjadi kehitaman akibat dari tidur yang sering terganggu
  • Terjadinya Kanser dan ketumbuhan
  • Jika pesakit hamil maka mungkin berlaku keguguran
Sekiranya ada tanda-tanda diatas. Buat pemeriksaan Pakar Perubatan dari Hospital dahulu. Jika tidak ada sebarang penyakit dari laporan perubatan, baru carilah Pengamal Yang Pakar Tentang Santau atau dapatkan rawatan Di Darussyifa.  InsyaAllah akan dapat membantu anda yang terkena santau. 

Wasallam.