Sunday, May 15, 2011

40 SEBAB MASUK SYURGA

1- IMAN DAN AMAL SOLEH
2- TAKWA KEPADA ALLAH
3- TAAT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA
4- BERJIHAD DI JALAN ALLAH
5- BERTAUBAT
6- ISTIQAMAH DI ATAS AJARAN ALLAH
7- MENUNTUT ILMU AGAMA UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH
8- MEMBINA MASJID
9- MEMBAIKI AKHLAK
10- MENINGGALKAN PERDEBATAN YANG TIDAK MEMBAWA MUNAFAAT
11- MENINGGALKAN DUSTA WALAUPUN HANYA SEKADAR BERKELAKAR
12- BERSUCI SELEPAS BERHADATH DAN SOLAT DUA RAKAAT
13- PERGI KE MASJID UNTUK MENGERJAKAN SOLAT
14- MEMBANYAKKAN SUJUD KEPADA ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA
15- HAJI YANG MABRUR
16- MEMBACA AYAT KURSI SELEPAS SOLAT FARDHU
17- MENGERJAKAN SOLAT 12 RAKAAT
18- MENYEBAR SALAM, MEMBERI MAKAN ORANG MISKIN, SILATURRAHIM DAN SOLAT MALAM
19- JUJUR, AMANAH DAN BERSEDEKAH
20- SOLAT DAN TAAT KEPADA SUAMI
21- MENDIDIK, MENJAGA ANAK DAN SAUDARA MARA
22- BERSABAR DAN IKHLAS ATAS KEMATIAN ANAK
23- MENJAGA ANAK YATIM
24- MENDATANGI ORANG SAKIT DAN BERSILATURRAHIM DENGAN SAUDARA
25- SENTIASA BERAKHLAK DAN BERBUDI MULIA
26- BERTOLAK ANSUR DALAM URUSAN JUAL BELI
27- MENOLONG ORANG DALAM KESUSAHAN
28- KERANA BANYAKNYA BERAMAL SOLEH
29- BERSABAR ATAS HILANGNYA NIKMAT PENGLIHATAN
30- BERBUAT BAIK KEPADA SESAMA MAKHLUK
31- CINTAKAN SURAH AL – IKHLAS
32- MENJAGA SOLAT SUBUH DAN ASAR
33- PERINGATAN YANG BAIK SELAMA DI DUNIA
34- MENJAGA RUKUN ISLAM YANG LIMA
35- MANIHAT AL – ATHAR (MEMINJAMKAN HAIWAN)
36- MENGHAFAZ ASMA’ALLAH AL – HUSNA
37- BERPUASA DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KEIKHLASAN
38- BERSABAR MENGHADAPI FITNAH DAJJAL
39- BERSABAR MENGHADAPI PENYAKIT DAN CUBAAN
40- SENTIASA MEMBACA DOA SAYYIDUL ISTIGHFAR

Thursday, May 12, 2011

HUKUM MENGGANTUNG GAMBAR HIASAN

Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Muslim)


Gambar-gambar merupakan salah satu perhiasan utama bagi kebanyakan tempat sama ada gambar fotografi atau gambar yang dilukis. Jika kita lihat di bangunan-bangunan awam, di hotel-hotel atau di rumah-rumah, gambar sebagai perhiasan pasti ada digantung-gantung di dinding-dinding. Apakah hukumnya mengantung perhiasan-perhiasan yang berupa lukisan ataupun gambar di dinding-dinding kediaman kita. Atau apakah pula hukum bagi pelukis lukisan tersebut.

Hukum mengenai lukisan ini, ulama memberikan hukum yang berbeza-beza berdasarkan kepada ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu lukisan tersebut. Imam al-Nawawi menyatakan bahawa gambar dan lukisan yang mempunyai roh sama ada manusia atau haiwan, berjisim atau tidak dan dihormati ataupun tidak dihormati. Manakala sebahagian ulama salaf pula menghukumkan haram hanya ke atas gambar yang timbul, berjisim serta mempunyai bayang-bayang yang disebut sebagai patung manakala gambar yang tidak berbayang adalah diharuskan. Sedangkan Dr Yusuf al-Qardawi pula menyatakan bahawa haram pada gambar yang dipahat atau diukir yang mempunyai jisim dan gambar yang mendatar yang dilukis di atas kertas dinding, kayu pula adalah makruh tanzih.

Yang jelasnya pengharaman ke atas sesuatu gambar itu berlaku sekiranya terdapat unsur-unsur berikut pada gambar tersebut iaitu:

1. Lukisan tersebut sama ada hidupan bernyawa atau tidak, sempurna atau tidak yang mengandungi unsur-unsur dan tujuan syirik seperti lukisan lembu sembahan masyarakat Hindu, lukisan bunga teratai, lukisan salib, nazi, zionis, yin dan yan, atau apa-apa yang berkaitan dengan sembahan agama lain hukumnya adalah haram.

2. Seterusnya lukisan lengkap terhadap sesuatu hidupan yang bernyawa yang cukup anggotanya seolah-olah bertujuan menandingi Allah dalam kuasa penciptaan makhluk maka hukumnya adalah haram seperti lukisan haiwan yang menonjol lukisannya, warnanya dan anggotanya sehinggakan hampir sama dengan haiwan yang sebenar.

3. Kemudian lukisan yang mengandungi unsur-unsur kehebatan dan kebesaran sama ada bernyawa atau tidak, sempurna atau pun tidak maka hukumnya juga adalah haram. Seperti gambar pembesar yang dibuat dengan niat utuk bermegah dengan pingat dan anugerah kebesarannya dan tambahan pula ianya dipamerkan dikhalayak ramai untuk tujuan kemegahan.

Manakala lukisan yang makruh pula adalah seperti berikut:

1. Lukisan yang berkaitan dengan hidupan tetapi bukan dalam keadaan yang sempurna seratus peratus dengan imej yang sebenar seperti lukisan kartun atau animasi.

2. Dan lukisan yang dilukis berkisar mengenai hidupan yang tidak bernyawa seperti pokok, sungai, batu, gunung, awan, padang, hutan-hutan dan lain-lain adalah diharuskan malah bagus untuk tujuan merehatkan minda sekiranya melihat kepada lukisan tersebut dan selagi mana ianya tidak melebihi daripada keperluan.

Mengenai masalah fotografi pula, ulama kontemporari kebanyakannya mengharuskan kerana ianya adalah salah satu peroses yang bukan seperti memahat atau melukis gambar yang bertujuan untuk menandingi kuasa ciptaan Allah. Syeikh Muhammad Bakhit berfatwa “bahawa fotografi itu adalah penahanan bayangan dengan menggunakan suata alat yang telah dikenal oleh ahli-ahli (tukstel). Cara seperti ini tidak ada larangan sedikitpun. Kerana larangan menggambar, iaitu mengadakan gambar yang sebelumnya tidak ada dan belum dibuat sebelumnya yang boleh menandingi (makhluk) ciptaan Allah. Sedangkan pengertian seperti ini tidak terdapat pada gambar yang diambil dengan menggunakan tukstel atau kamera”.

Malah Dr Yusuf al-Qardawi juga bersetuju dengan pendapat ini dan memasukkannya di dalam bukunya halal dan haram di dalam Islam. Pada perinsipya hukum berfotografi adalah harus tetapi perlu diingat selagi mana ianya tidak mengandungi unsur-unsur lain yang boleh menyebabkan perkara tersebut bertukar menjadi kepada perkara yang diharamkan. Seperti mengambil gambar seseorang tokoh lalu diagungkannya maka disini hukum fotografi tersebut berubah menjadi haram, begitu juga dengan gambar-gambar wanita atau lelaki yang berbogel atau separuh bogel, mendedahkan aurat mereka atau menampakkan sebahagian badan mereka yang boleh menyebabkan naiknya syahwat seperti yang banyak terjadi pada zaman sekarang yang mana ianya banyak dimuatkan pada majalah-majalah, surat khabar malah dipapan-papan iklan yang besar yang ditayang dan ditonton oleh khalayak umum yang sengaja dilakukan untuk menarik minat pembeli maka hukum fotografi seperti ini juga adalah diharamkan walaupun pada asalnya ia adalah harus.

Wallahua'lam...

DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

`Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa: "Satu hari Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam sampai di masjid Bani Mu`awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam.

Kemudian Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah subhanahu wa ta`ala:

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud: "Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma Dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.

2. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh `alaihi salaam). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah subhanahu wa ta`ala. 

3. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya?

YA ALLAH, SUDILAH PANDANG KAMI

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hambaMu
Ingin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada
Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini
Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,
Tanpa aku bicarakannya kepadaMu
Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiri
Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini
Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri

Ya Rabbi, sudilah pandang aku
Ya Rabbi, izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.
Aku tahu..
Aku sering menghadapMu dengan wajah yang kelam, tidak berseri
Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku berkeluh kesah
Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita.
Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu.
Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu
Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya

Namun, di saat ini aku hadir untuk menghadapMu
Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya
Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu
Dan tertipu dengan dunia dan syaitan
Allah, pandanglah aku dengan kasih sayangMu
Pandanglah aku dengan keampunanMu
Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu
Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu
Tapi, layakkah aku Ya Allah?

Ya Rabbi, seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?
Bagaimanakah keadaanku waktu itu??
Hitamkah wajahku bila berhadapan denganMu?
Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk menemuiMu?
Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu denganMu?
Allah, aku bimbang..
Aku gusar dan takut Ya Allah..
Apabila memikirkan saat itu
Kerana banyaknya dosa aku terhadapMu.
Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini
Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan
Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu
Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja

Aku takut padaMu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadapMu?
Aku sering berjanji di depanMu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untukMu
Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa
Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azabMu
Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentangMu
Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu
Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali padaMu
Engkau sentiasa bersedia mengampuniku...

Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali padaMu
Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda
Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?
Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?
Allah, aku mohon dengan sangat..
Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu
Agar tersenyum aku pulang mengadapMu
Allah, terimalah taubatku
Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu denganMu
Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu
Agar mudah jalanku ke JannahMu...

Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu
Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak
Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini
Hadiahkanlah cahayaMu kepadku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMu
Amiin Ya Rabb..

Aku mohon dengan sangat..Perkenankanlah.

:: Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna mencintaiMu ::

MUSTAJAB DOA IBU UNTUK ANAKNYA

Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya. Dalam Sahih Muslim, baginga kisah seorang lelaki, Juraij, yang begitu kuat beribadah kepada Allah. Hari-harinya diisi dengan solat sunat. Beliau mempunyai tempat khas untuk solat - pondok kecil yang agak tinggi tempatnya.

Pada suatu hari, ibunya datang menziarahinya. Sambil mendongakkan kepalanya, si ibu memanggil anaknya: "Juraij, saya ibumu, cakaplah denganku!"

Juraij khusyuk beribadah dan berkata dalam hatinya: "Ya Allah, saya utamakan solatku atau ibuku?"

Juraij memilih meneruskan ibadahnya. Ibunya letih berteriak dan akhirnya meninggalkan tempat Juraij.

Esoknya ibunya datang dan memanggilnya lagi tetapi Juraij tidak mengendahkan dan terus beribadah.

Ibunya pulang ke rumah dengan rasa hampa dan marah dalam hatinya. Semasa itulah wanita itu berdoa: "Ya Allah, Juraij itu adalah anakkku, aku mahu bercakap dengannya tapi dia menolak bercakap denganku. Ya Allah, jangan engkau matikan dia kecuali Engkau tunjukkan padanya akan pelacur."

Ada gembala kambing yang sentiasa menggembala kambingnya di sekita pondok Juraij. Gembala kambing itu terserempak dengan 'bunga desa' yang cantik. Mereka berasmara sehingga wanita itu hamil dan akhirnya melahirkan anak. Namun gembala itu menghilang.

Semasa ditanya orang kampung, anak siapakah itu, wanita ini sekadar menuding ke arah pondok Juraij. Orang-orang kampung beramai-ramai mendatangi Juraij dan memanggilnya dengan marah. Juraij keluar kehairanan. Mereka menuduhnya berzina sehingga wanita itu melahirkan bayinya. Juraij bertanya: "Di mana bayi itu"

Maka mereka membawa bayi itu menghadapnya. Juraij berkata: "Tinggalkan aku untuk solat dan berdoa."

Sesudah itu, Juraij menepuk perut bayi dan bertanya: "Wahai bayi, siapakah bapamu?"

Dengan izin Allah, bayi itu menjawab: "Bapaku ialah gembala kambing di kampung ini."

Penduduk kampung terkejut dan malu kerana merobohkan pondok Juraij dek tertipu oleh wanita itu. Mereka berjanji akan membangunkan pondoknya dengan emas dan perak, namun Juraij menlak dan meminta pondok seperti asalnya.

Rasulullah menyatakan kisah Juraij menunjukkan betapa kuat doa seorang ibu, apatah lagi yang disakiti anaknya.

Banyak iktibar daripada kisah Juraij.

·                     Kewajiban anak memenuhi panggilan ibu lebih utama dibandingkan menyempurkan ibadah sunat. Dengan hadith ini, dihukumkan menurut fiqah bahawa memenuhi panggilan ibu adalah wajib berbanding meneruskan solat sunat.
·                     Doa ibu sangat mustajab - sama ada maksud baik atau tidak. Oleh itu, ibu perlu berhati-hati dan usah ikut perasaan. 
·                     Ibu harus sentiasa memantau dan mengambil tahu akan keadaan kehidupan anak-anaknya agar tidak terjadi salah faham antara kededuanya.
·                     Ibu haru ssentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya, terlebih lagi pada waktu solat dinihari.
·                     Ibu harus sentiasa menjaga mulutnya dan usah mudah tersinggung - maafkanlah dan nasihatkan serta sentiasa berdoa untuk anaknya.
·                     Sebagai pengasuh, ibu perlu dilengkapi ilmu demi memupuk anak yang soleh. 
 Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: "Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala."

Para ibu sekalian, berdoalah sentiasa akan kebaikan anak-anak anda di dunia dan akhirat.

DOA

Ya Allah Ya Tuhan Kami, berilah cahaya pada hati kami, lidah kami, penglihatan kami, pendengaran kami, di kanan kami, di kiri kami, di atas kami, di bawah kami, di hadapan kami, di belakang kami, dan pada diri-diri kami. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Allah, sesungguhnya kami termasuk golongan orang yang menzalimi diri sendiri.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Hidup, yang Berdiri dengan Sendiri, rahmatMu jua kami memohon pertolongan. 

Ya Allah, rahmatMu jua yang kami harap, maka janganlah engkau serahkan kami untuk mencelikkan diri kami walau sekelip mata sekalipun, baikilah kedudukan kami kesemuanya, tiada Tuhan melainkan Engkau jua.

Ya Allah, sesungguhnya kami hambaMu, anak kepada hambaMu, ubun kami di atas kekuasaanMu, telah berlakulah kepada kami hukumanMu, adillah hukumanMu, kami memohon kepadaMu melalui segala namaMu, yang Engkau berikan nama pada diriMu, atau yang telah Engkau turunkan pada kitabMu, atau yang telah Engkau ajarkan pada salah seorang daripada makhlukMu, atau yang telah Engkau simpan pada ilmu-ilmu ghaib disisiMu, supaya Engkau jadikan Quran itu sebagai penenang hati-hati kami, sebagai cahaya hati kami, pembuka dukacita kami dan penghilang kerisauan kami.

DOSA-DOSA BESAR

***RENUNG-RENUNG PADA HURUF TERANG***
DIMANA TEMPAT KITA!!!! ADAKAH KITA TERGOLONG DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG TELAH MELAKUKAN DOSA-DOSA BESAR??????????

1. Menyekutukan Allah atau Syirik
2. Membunuh Manusia
3. Melakukan Sihir
4. Meninggalkan Solat

5. Tidak Mengeluarkan Zakat

6. Tidak Berpuasa ketika bulan Ramadhan tanpa alasan      
    yang kuat
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Memiliki Kemampuan

8. Derhaka Kepada Ibu Bapa

9. Memutuskan Silaturrahim

10. 
Berzina

11. Melakukan  Homoseksual

12. Memakan Riba

13. Memakan Harta Anak Yatim

14. Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul-Nya
15. Lari dari Medan Perang
16. Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
17. Sombong

18. 
Saksi Palsu

19. Meminum minuman beralkohol

20. Berjudi

21. Menuduh orang baik melakukan Zina

22. Menipu harta rampasan Perang

23. Mencuri

24. Merompak

25. Sumpah Palsu

26. Berlaku Zalim

27. Pemungut cukai yang Zalim

28. Makan dari harta yang Haram

29. Bunuh Diri

30. Berbohong

31. Hakim yang Tidak adil

32. Memberi dan menerima sogokan(Rasuah)

33. Wanita yang menyerupai Lelaki dan sebaliknya juga

34. Wanita yang menyambung rambut dan membuat tatu
35. Wanita yang mempertontonkan perhiasaan dan 
      kecatikkan diri.
36. Melacur dan menjual wanita
37. Menikahi wanita yang telah ditalak tiga agar wanita   
      tersebut nantinya boleh menikah dengan   
      suaminya terdahulu

38.. Tidak melindungi pakaian dan tubuhnya dari terkena 
      hadas kecil seperti air kencing atau kotoran

39. Riak

40. 
Ulama yang memiliki ilmu namun tidak mau 
      mengamalkan ilmunya tersebut untuk orang lain

41. Berkhianat

42. Mengungkit-Ungkit Pemberian

43. Mangingkari Takdir Allah SWT

44. Mencari-cari Kesalahan Orang lain

45. Menyebarkan Fitnah

46. Mengutuk Umat Islam

47. Mengingkari Janji

48. Percaya Kepada Sihir dan Nujum

49. Derhaka kepada Suami

50. Membuat patung

51. Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala

52. Menggangu Orang lain

53. Berbuat Zalim terhadap yang lemah

54. Menggangu Tetangga

55. Menyakiti dan Memaki Orang Islam

56. Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap 
      dirinya baik

57. Memakai pakaian labuhkan Pakaian
58. Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
59. Seorang hamba (budak) yang lari dari Tuannya
60. Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T

61. Seorang yang mengaku bahwa seseorang itu adalah 
      ayahnya namun dia tahu bahwa itu tidak benar
62. Berdebat dan Bermusuhan

63. Enggan Memberikan Kelebihan Air

64. Mengurangi Timbangan

65. Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T

66. Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T

67. Meninggalkan Solat Berjemaah tanpa alasan yang kuat

68. Meninggalkan Solat Jumaat tanpa alasan yang kuat

69. Merebut hak warisan yang bukan miliknya

70. Menipu

71. 
Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain

72. Mencela Nabi dan Para Sahabat Beliau
73. Menggauli isterinya dari dubur ataupun ketika haid.


CARA-CARA MENDAPATKAN AMALAN HATI

Setelah kita mengetahui erti dan maksud amalan batin (hakikat) maka marilah kita mempelajari cara-cara mendapatkan hakikat. Mudah-mudahan dengan mengetahui hal tersebut kita dapat beramal dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

Untuk mendapatkan hakikat kita mesti melatih roh kita supaya taat pada Allah. Jasad batin (roh) kita sewaktu masih berada di alam roh, iaitu sebelum dimasukkan kedalam sangkarnya (jasad lahir) memang sudah mengenal Allah, seperti dalam firman-Nya:Terjemahannya: (Allah bertanya kepada roh) "Bukankah aku Tuhanmu?". Roh menjawap: "Ya, kami akui Engkau Tuhan kami." (Al-`Araaf:172)

Sebelum masuk ke dalam badan roh kita sudah mengenal Allah, bahkan sudah menyaksikan ketuhanan Allah dan sudah mengakui kehambaan pada Allah. Tetapi ketika dilahirkan kedunia, roh dikurung dalam jasad lahir bersama-sama musuhnya nafsu dan syaitan. Tentang nafsu, Allah SWT berfirman: Terjemahannya: "Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan." (Yusuf: 53)

Dan Nabi pula bersabda: Maksudnya: "Sejahat-jahat musuhmu ialah nafsumu yang terletak di antara dua lambungmu." (Riwayat Al Baihaqi)

Sedangkan tentang syaitan Allah berfirman:
Terjemahannya: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia." (Yusuf: 5)

Berhadapan dengan dua musuh batin itu, roh menjadi lemah (rosak atau hilang rasa kehambaan). Walaupun dia sudah mengenal Allah SWT, tahu wujud dan Maha Perkasanya Allah, tetapi roh tidak pandai mentaati perintah Allah. Bujukan serta tarikat syaitan dan hawa nafsu lebih kuat dan berpengaruh.

Roh sudah derhaka pada Tuhan, seakan-akan sudah tidak kenal Tuhan. Roh terbelenggu di dalam jasad, dikongkong oleh nafsu dan syaitan itu. Roh sudah tidak takut dan malu lagi pada Tuhan. Roh tidak rindu dan tidak cinta lagi pada Tuhan, tidak merasa hina dan rendah diri serta bersifat ketuanan. Roh sudah sombong, keras, hasad-dengki, tamak, pendendam, bakhil, gila dunia, kuat makan, gemar tidur dan lain-lain. Menyerupai kehendak nafsu yang terkutuk itu. Roh sudah dikuasai oleh jasad lahir yang beku (bersifat seperti tanah kerana dicipta dari tanah).

Laksana burung, roh terkurung dalam sangkar. Kerana sangkar itu kuat maka burung terpaksa terkurung didalam sangkar yang sempit dan menyiksa. Sebaliknya kalau burung lebih kuat dari sangkar, burung akan dapat memecahkan sangkar dan dapat terbang bebas ke seluruh alam. Demikianlah kalau roh kita lebih kuat dari nafsu dan syaitan. Roh dapat menundukkan nafsu dan syaitan. Saat itu bukan jasad lagi yang menguasai roh tetapi roh yang menguasai jasad lahir. Roh akan bebas melakukan kehendak dan mentaati perintah Allah SWT. Roh akan terbang bebas kemana-mana dan dapat merasakan perkara-
perkara ghaib.

Itulah yang terjadi kepada roh para Nabi, Rasul dan Wali-wali Allah. Roh tidak lagi dibelenggu dalam jasad lahir oleh nafsu dan syaitan tetapi sudah bebas, sudah dapat menundukkan nafsu dan syaitan dibawah kehendaknya. Sudah melihat alam rohani, alam malakut dan alam jin. Jasad lahir tidak bererti apa-apa lagi kerana sudah dikuasai oleh roh untuk menyembah Allah sepanjang masa.

Lain halnya dengan jasad lahir, roh bukan dibuat dari tanah tetapi dari nur (cahaya) yang serupa dengan Malaikat dan Jin. Sebab itu roh yang sudah bebas dari kongkongan nafsu dan syaitan akan
bergerak bebas seperti cahaya, tembus disetiap ruang dan bidang. Pandangan roh adalah pandangan tembus yang dapat membaca hati dan batin manusia. Kerana itu bersabda Rasulullah SAW: Maksudnya: "Takutilah firasat (pandangan tembus) orang mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah." (Riwayat At Tarmizi)

Itulah rahsia diri kita yang mesti kita sedari. Bila kita sedar hakikat kejadian kita itu, barulah akan terjadi apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: Maksudnya: "Barangsiapa yang kenal dirinya, maka dia pasti kenal Tuhannya."

Untuk meningkatkan diri mencapai darjat yang mulia itu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh, berjuang dan berkorban. Siapa saja boleh dapat hasilnya kalau memenuhi syarat dan cara yang telah ditetapkan, iaitu dengan mendidik roh kita kembali mengenal dan mencintai Allah SWT. Caranya adalah mujahadah (berperang) dengan nafsu dan syaitan.

Allah berfirman:
Terjemahannya: Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah kamu (dalam menegakkan agama Allah) dan sabarlah kamu dalam perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan tetap teguhlah kamu (dalam barisan perjuangan) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, moga-moga kamu mendapat kemenangan. (Ali Imran: 200)

Nafsu yang mesti diperangi diantaranya adalah sifat mementingkan diri, tamak, gila dunia, kedudukan dan pangkat. Itu semua adalah penghalang yang cukup kuat untuk kita mendapatkan hakikat (amalan batin), juga sebagai hijab yang menghalang kita untuk mendapat sifat kerohanian sebab kita merasakan diri sebagai tuan. Supaya kita bertambah yakin, maka ada satu kisah pengalaman seorang wali bernama Yazid Bustami:

Suatu hari seorang kawannya datang pada Yazid Bustami untuk mengadu, "Saya telah berpuasa setiap hari dan melakukan solat setiap malam selama 30 tahun tetapi tidak juga memperoleh keringanan batin
seperti yang engkau ceritakan." Yazid Bustami pun memotong kata kawannya itu, "Kalaupun engkau melakukan solat dan berpuasa selama 300 tahun, engkau pasti tidak dapat menemukannya. "
"Kenapa?" Tanya kawannya. Jawap Yazid, "Sifatmu yang mementingkan diri dan serakah menjadi penghalang dan hijab antara engkau dengan Allah." Lantas kawannya bertanya, "Katakanlah padaku, apakah
penawarnya?" "Ada penawarnya," kata Yazid, "Tetapi engkau tidak akan sanggup melakukannya. " Setelah dipaksa oleh kawannya Yazid pun berkata: "Pergilah kepada tukang gunting rambut yang terdekat dan guntinglah janggutmu. Bukalah bajumu kecuali ikat pinggang yang melingkari pinggangmu. Ambillah karung yang biasa di isi makanan kuda, isilah buah kenari dan gantungkanlah karung itu dilehermu. Kemudian pergilah ke pasar sambil menangis, teriakkanlah seperti ini, "Setiap anak-anak yang memukul batang leherku akan mendapat sebiji kenari." Selanjutnya pergilah ke pengadilan, hakim dan ahli
hokum, katakanlah kepada mereka, "Selamatkanlah jiwaku."Berkata kawannya itu, "Sungguh aku tidak sanggup berbuat begitu, berilah cara penawar yang lain." Yazid berkata, "Yang aku ceritakan tadi adalah penawar pendahuluan yang sangat perlu dilakukan untuk mengubati penyakitmu. Tapi sebagaimana yang aku katakana tadi, engkau tidak dapat disembuhkan lagi."

Yazid Bustami seorang wali Allah yang mukasyafah dapat membaca hati (rahsia batin). Kawannya yang berjuang untuk nama, pangkat dan sanjungan manusia. Sebab itu beliau perintahkan sahabat itu bermujahadah dengan nafsunya itu dengan cara menghina diri dipasar dan mengaku jahat dihadapan hakim. Perintah itu memang berat, tetapi bagi Yazid, tidak ada jalan lain lagi. Itulah cara mujahadatunnafsi yang mesti dilakukan.

Begitulah pentingnya mujahadatunnafsi untuk siapa saja yang ingin meningkatkan kerohaniannya. Selagi nafsu tidak dapat dikalahkan, selama itulah roh tidak akan suci dan bersih. Kalau roh tidak bersih, Allah tidak akan memasukkan taufik dan hidayah ke dalam hati. Sebab benda yang paling berharga akan Allah letakkan di tempat yang mulia.

Roh seperti wadah. Kalau kotor, maka taufik dan hidayah tidak akan masuk. Kalau tidak ada taufik dan hidayah, roh akan terhijab dan kita tidak akan dapat meningkatkan kerohanian (amalan batin) ke taraf kerohanian yang tinggi. Dan tanpa kerohanian, hati (roh) tidak akan selamat dari penyakit-penyakit mazmumah.

Firman Allah:
Terjemahannya: Hari Kiamat ialah hari dimana anak dan harta tidak dapat memberi manfaat kecuali mereka yang menghadap Allah membawa hati yang selamat sejahtera. (Asy-Syu'ara: 88-89)

Amalan lahir seperti solat, puasa walaupun dilakukan sepanjang hari dan solat tahajjud setiap malam (seperti cerita diatas). Berjihad, berkorban, menuntut ilmu, menutup aurat dan lain-lain. Tidak dapat menjamin bahawa hati sudah selamat. Yang menjamin keselamatan hati ialah mujahadatunnafsi. Itulah amalan batin yang wajib kita lakukan.

Suatu hari didalam kuliahnya, seorang ulama sufi. Bisyulhafi bercerita kepada muridnya bahawa, mempunyai isteri yang banyak itu tidak menolak zuhud. Salah seorang muridnya yang mengetahui bahawa
gurunya tidak pernah berkahwin, lalu bertanya: "Tuan, kalau begitu kenapa tuan tidak menikah? Bukankah menyalahi sunnah?" Bisyulhafi pun menjawab, "Aku tidak sempat melakukan sunnah itu kerana sibuk. Sibuk melakukan yang lebih fardhu, yang belum mencapai tujuan iaitu mujahadatunnafsi. "

Begitulah pandangan ahli sufi tentang pentingnya mujahadatunnafsi. Mereka tidak pernah berhenti memperhatikan perjalanan nafsu dan syaitan, sehingga nafsu dan syaitan itu selalu dapat diperangi dan
dikalahkan untuk menghambakan diri pada Allah SWT. Kalau kita ingin berjumpa Allah dengan selamat, jalan itulah yang mesti ditempuh. Tanpa menempuh jalan itu, kita tidak dapat juga berjumpa dengan Allah (kerana kita semua akan mati) tetapi dalam keadaan susah-payah dan hina-dina, wal'iyazubillah!

Jalan keselamatan itu adalah melakukan mujahadatunnafsi. Kita mesti bermujahadah atas semua mazmumah yang setiap saat selalu menyerang kita. Mazmumah atau penyakit hati yang dihidupkan oleh nafsu itu adalah semua sifat batin yang bertentangan dengan amalan batin. Penyakit hati ada dua iaitu:
1- Penyakit hati terhadap Allah
2- Penyakit hati terhadap manusia.

Penyakit hati terhadap Allah, diantaranya: -

- Tidak khusyuk beribadah
- Lalai dari mengingati Allah
- Tidak yakin dengan Allah
- Tidak ikhlas dengan Allah
- Tidak takut pada ancaman Allah
- Tidak harap pada rahmat Allah
- Tidak redha akan takdir Allah
- Tidak puas dengan pemberian Allah
- Tidak sabar atas ujian
- Tidak syukur atas nikmat
- Tidak terasa diawasi Allah
- Tidak terasa kehebatan Allah
- Tidak rindu dan cinta pada Allah
- Tidak tawakal kepada Allah
- Tidak rindu pada syurga dan tidak takut pada neraka
- Cinta dunia, membuang waktu dengan perkara yang sia-sia
- Penakut (takut pada selain Allah)
- Ujub
- Riya'
- Gila pujian dan kemasyhuran

Sedangkan penyakit hati (mazmumah) terhadap manusia, diantaranya: -

- Benci membenci
- Rasa gembira dengan kecelakaan orang lain dan rasa sedih diatas kejayaan orang lain
- Mendoakan kejatuhan orang
- Tidak mahu meminta maaf dan tidak memaafkan kesalahan orang
- Hasad dengki

Untuk mujahadah melawan penyakit hati (mazmumah) dengan Allah,langkah- langkahnya ialah: Memperbanyakan ibadah habluminallah seperti sembahyang sunat (dengan faham,khusyuk dan
istiqamah),zikrulla h,wirid dan tahlil, membaca al-Quran,berdoa, bertafakur dan sebagainya yang akan dihuraikan seperti berikut:

1- SEMBAHYANG,

Hal penting yang perlu diambil perhatian saat menunaikan sembahyang adalah khusyuk. Itu berdasarkan pada apa yang diingatkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Zar:
"Ya Abu Zar, dua rakaat sembahyang yang dilakukan dengan khusyuk itu lebih baik daripada sembahyang sepanjang malam, tetapi dengan hati yang lalai."

Sembahyang yang khusyuk dapat di ertikan sebagai sembahyang yang sempurna lahir dan batin. Ketika jasad menghadap Allah SWT, hati juga tunduk menyembah Allah. Ketika mulut menyebut Allahhu
Akbar,hati juga mengaku Allah Maha Besar. Ketika jasad sujud menghina diri,hati juga turut sujud menghina diri. Dan ketika mulut memuji mengagungkan Allah dan berdoa kepada Allah, hati juga
memuja,merintih dan tenggelam dalam penyerahan kepada Allah.

Telah bertanya Jibril pada Nabi SAW:
Terjemahannya: "Khabarkan padaku, apa itu Ihsan?", Dijawap oleh Rasulullah. "Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya,jika tidak melihat-Nya, maka yakinlah bahawa Dia sentiasa melihat
engkau."

Kalau sembahyang itu dapat dihayati, sebagaimana yang dikatakan diatas,pengaruhnya akan cukup besar pada diri dan jiwa manusia. Iman akan bertambah seiring dengan bertambahnya rasa tawakal,syukur, redha,sabar dan lain-lain lagi sifat mahmudah.

Cukuplah sedikit rakaat sembahyangnya asalkan khusyuk daripada banyak rakaat sembahyangnya tetapi lalai. Sebab perkara yang menjadi tujuan ibadah itu ialah membuahkan iman dan akhlak.

Walaupun banyak rakaatnya tetapi dikerjakan dengan hati yang lalai, maka bukan saja iman dan akhlak tidak bertambah,bahkan ibadah akan menjadi sia-sia. Mungkin Allah akan memberikan pahala juga,tetapi apakah kita akan bangga kalau perdagangan yang kita buat hanya mengembalikan modal,tidak mendapat untuk sama sekali? Sembahyang yang lalai tidak akan menambah iman dan menguatkan jiwa sebaliknya hanya akan membuat badan menjadi letih.

Di Padang Mahsyar nanti,Allah akan memanggil manusia yang sembahyang untuk diperiksa sembahyangnya. Waktu itu sembahyang akan dikategorikan pada lima peringkat:
1- Sembahyang orang yang jahil.
2- Sembahyang orang yang lalai.
3- Sembahyang orang yang setengah lalai,setengah khusyuk.
4- Sembahyang orang yang khusyuk.
5- Sembahyang Nabi-Nabi dan para Rasul.

Sembahyang orang jahil ialah sembahyang yang dilakukan oleh orang yang tidak belajar tentang ilmu sembahyang.Dia tidak tahu tentang rukun dan sunat dalam sembahyang serta sembahyang tanpa peraturan
yang telah ditetapkan syariat.Kerana itu sejak bermula sembahyangnya tidak diterima bahkan ia berdosa kerana tidak belajar tentang ilmu sembahyang.

Sembahyang orang lalai ialah sembahyang yang walaupun sempurna lahirnya tetapi hatinya sama sekali tidak ikut dalam sembahyang.Bermacam -macam hal yang diingati sewaktu berdiri,rukuk, sujud dan duduk dalam sembahyang itu.Dari awal hingga akhir sembahyangnya, sedikit pun tidak ingat Allah. Sembahyang seperti itu akan dianggap sebagai dosa bukannya mendapat pahala. Allah berfirman: Terjemahannya: Neraka Wail bagi orang yang sembahyang.Yang mereka itu lalai dalam sembahyangnya. (Al-Maa'un: 4-5)

Sembahyang yang ketiga ialah sembahyang yang didalamnya berlaku tarik-menarik dengan syaitan. Ertinya orang itu selalu merasakan bila syaitan mulai membuat dirinya lalai dari mengingati Allah. Cepat-cepat dikembalikan ingatannya pada Allah. Begitulah seterusnya berlaku hingga akhir sembahyang. Ada waktu lalai dan ada waktu khusyuk. Sembahyang seperti itu tidak berdosa dan tidak juga ada
pahala,tetapi dimaafkan oleh Allah.

Sembahyang orang khusyuk ialah sembahyang orang yang terus-menerus mengingati Allah disepanjang sembahyangnya serta memahami apa yang dibacanya dalam sembahyang. Orang itu dapat merasakan bahawa dia sedang menghadap Allah SWT. Perhatiannya hanya kepada Allah. Bagi orang tersebut, sembahyangnya bererti menunaikan janji kepada Allah, memohon ampun kepada Allah, mengharap kepada Allah, menghina diri kepada Allah dan mengagungkan Allah.

Sembahyang seperti itulah yang akan menghapuskan dosa, memperbaharui ikrar (yang pernah diucapkan di alam roh), menguatkan iman,mendekatkan hati kepada Allah, meningkatkan taqwa dan mengelakkan diri dari perbuatan keji dan mungkar. Itulah keuntungan di dunia. Dan di Akhirat Allah akan menganugerahkan pahala syurga yang penuh kenikmatan.

Sembahyang yang kelima ialah peringkat yang paling tinggi iaitu sembahyang para Nabi dan Rasul.Mereka itu khusyuknya luar biasa.Mereka benar-benar melihat Allah dengan mata hati. Dalam solat,mereka seolah-olah sedang bercakap-cakap dengan Allah. Sebab itu mereka tidak pernah jemu melakukan sembahyang.Sebagaimana indahnya perasaan hati orang yang bertemu kekasihnya, begitulah indahnya perasaan mereka itu dalam sembahyang.

Salah satu perkata utama yang disukai oleh Rasulullah SAW ialah sembahyang." Sembahyang penyejuk mataku",sabda Rasulullah. Syurga yang akan Allah anugerahkan kepada mereka adalah syurga tertinggi
yang tidak dicapai oleh orang-orang awam seperti kita.

Jadi tugas kita sekarang ialah memperbaiki sembahyang kita sekaligus memperbanyakanya. Untuk itu sekali lagi kita mesti mujahadah.Hanya dengan mujahadah kita dapat meningkatkan iman dan memperbanyakan amal soleh. Serta hanya dengan iman dan amal soleh saja kita akan dapat membangunkan dan menghiasi rumah kita di Akhirat nanti.

- Dendam
- Bakhil
- Bersangka buruk
- Tidak bertanggungjawap
- Tidak bertoleransi
- Tidak tolong menolong
- Serakah
- Keras hati
- Mementingkan diri sendiri
- Sombong
- Tidak sabar dengan tohmahan orang
- Memandang hina kepada seseorang
- Riya'
- Ujub
- Merasa diri hebat

Terhadap semua penyakit itu, wajib kita melakukan mujahadatunnafsi.
Firman Allah:-
Terjemahannya: Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah kamu (dalam menegakkan agama Allah) dan sabarlah kamu dalam perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan tetap teguhlah kamu (dalam barisan perjuangan) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, moga-moga kamu mendapat kemenangan. (Ali Imran: 200)

Monday, April 11, 2011

ROH DAN JASAD

ANAK-ANAK SEBENARNYA LAHIR DARI ROH YANG SUCI DAN BERSIH YANG BERASAL DARI TUHAN.
APABILA JASAD SAKIT, UBAT-UBATAN DAN HERBA DARI TANAH YANG PALING MUJARAB, KERANA DARI SITU IA DIJADIKAN.
APABILA ROH KITA SAKIT, UBAT ATAU PENAWAR YANG PALING MUJARAB ADALAH MENGEMBALIKANNYA KEPADA RASA BERTUHAN DALAM DIRI......

Friday, April 8, 2011

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W PESANAN SEPANJANG ZAMAN

Thursday, March 31, 2011

SIAPA KITA......??????????? 

ROH KITA ASALNYA DEKAT DENGAN ALLAH, APABILA DIJAUHKAN DARI ASALNYA, DIA AKAN TERSEKSA, KESUNYIAN DAN MENDERITA SEPERTI JIWA PERANTAU YANG TERCAMPAK DI BUMI ASING, SERING GELISAH DAN MAHU MENGECAP ASAL USUL YANG TELAH DITINGGALKAN. JIKA RINTIHAN HATI KITA DIABAIKAN, AKHIRNYA IA AKAN MATI LANTARAN SAKIT RINDU KEPADA ASALNYA. BAHAWA KITA DEKAT DENGAN ALLAH, JANGAN SEKSA JIWA DAN HATI, DIA MERINTIH MAHU PULANG DARI PERANTAUAN DI DUNIA YANG MELEKAKAN INI.
BAWALAH HATI KITA KEMBALI KE ASALNYA, ASALNYA YANG SENTIASA DEKAT DENGAN ALLAH. SESUNGGUHNYA JIKA ALLAH MENCINTAI SEORANG HAMBA, MAKA DIA TENGGELAMKAN HAMBA ITU DALAM CUBAAN.
BARANGSIAPA  YANG TIDAK PERNAH MENGALAMI MUSIBAH MAKA IA JAUH DARIPADA KASIH SAYANGNYA…… DAN SESUNGGUHNYA PARA-PARA NABI YANG JUGA KEKASIHNYA…. SEMUA MENGALAMI CUBAAN SEBEGITU HEBAT APA LAGI KITA YANG MANUSIA BIASA INI..

BILA ALLAH CEPAT MAKBULKAN DOA MU, MAKA ALLAH MENYAYANGI MU, BILA ALLAH LAMBAT MAKBULKAN DOA MU, MAKA ALLAH INGIN MENGUJI MU, BILA ALLAH TIDAK MAKBULKAN DOA MU, MAKA ALLAH MERANCANG SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUK MU…..
OLEH ITU, SENTIASALAH BERSANGKA BAIK PADA ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN PUN….KERANA KASIH SAYANG ALLAH ITU MENDAHULUI KEMURKAANNYA…OLEH ITU, SAYANGILAH PADA ALLAH KERANA KEMURAHANNYA DAN TAKUTLAH PADA ALLAH KERANA SIKSANYA.

GOD, HE ALWAYS LISTEN TO YOU, HE ALWAYS SEE YOU, HE ALWAYS KNOW YOU, ALWAYS GUARDING AND PROTECTING YOU, ALWAYS MANAGING AND GIVING NIKMATY TO YOU…
WHY ARE YOU NOT TO LOVE HIM, WHY ARE YOU NOT AFRAID OF THE GOD WHO DECIDES YOUR FATE AND DESTINY????

 NABI BERSABDA: WAHAI MANUSIA SESUNGGUHNYA ALLAH BERFIRMAN KEPADA KAMU, AGAR KAMU MENYURUH MANUSIA BERBUAT BAIK DAN MENCEGAH MEREKA DARI KEMUNGKARAN,
JIKA TIDAK ALLAH AKAN MELANTIK RAJA YANG ZALIM MEMERINTAH KAMU, DAN RAJA ITU TIDAK AKAN MENGHORMATI ORANG TUA DAN JUGA TIDAK MENARUH BELAS KASIHAN PADA ORANG MUDA, DI WAKTU ITU, DOA ORANG ALIM PUN TIDAK AKAN DI TERIMA ALLAH…
KAMU MEMINTA BANTUAN TAPI ALLAH TIDAK MEMBANTUMU, KAMU MEMINTA AMPUN DAN ALLAH TIDAK MENGAMPUNKAN MU!!!!!.....

SIAPAKAH RAJA YANG AMAT ZALIM ITU SEKARANG INI???????

BERFIKIRLAH WAHAI MANUSIA….. KASIHANILAH DIRIMU SENDIRI…..
BERTAUBATLAH, BERDAKWAHLAH DAN TINGGALKAN MAKSIAT, MENGUMPAT, MUZIK YANG LEKA DAN TUTUPLAH AURATMU..IKUTILAH AJARAN ISLAM YANG SEBENAR…
.
FAHAMILAH HAKIKAT KEHIDUPAN, KETENTUAN TAKDIR ADAKALANYA TIDAK TERSINGKIR DENGAN KEINGINAN SENDIRI…..

PENGORBANAN BIARPUN PAHIT, KADANG KALA BUAHNYA MANIS, LALU LUKA DIHATI USAH DILAYAN, BIAR KITA YANG MERASAINYA DAN USAH MENGELUH KERANA SEMUA ITU TAKDIR ALLAH, DAN SEMUA ITU JIKA KITA HADAPI DENGAN TABAH, MAKA ALLAH AKAN AMPUNKAN DOSAKITA KERAN KEIKHLASAN KITA PADANYA…..

DAN BILA TERKENA SESUATU MUSIBAH KATAKANLAH “ AKU AMAT BERSYUKUR SEKALI PADA ALLAH ATAS MUSIBAH INI, JIKA INILAH CARA ALLAH NAK AMPUNKAN DOSA KITA, ALANGKAH
INDAHNYA PENDERITAAN INI”……….
DISEBALIK ANGKA 7

Allah menciptakan 7 hari dalam seminggu. Langit sebagai atap kita terdiri dari 7 tingkat atau lapisan. Tanah yang kita pijak ada 7 lapis. Tubuh kita terbahagi menjadi 7 bahagian. Surah Al Fatihah ada 7 ayat dan berbagai jumlah 7 yang lain. Tapi tahukah anda makna disebalik angka 7 itu?

Asy-Syaikh Al Imam Abu Nashr Muhammad bin Abdirrahman Al Hamdani dalam kitabnya Assab’iyyatu fi Mawa’idhil Barriyah menyatakan, Dzat Pencipta yang sangat besar kekuasaanNya dan sangat tinggi kedudukanNya iaitu Allah SWT telah menghiasi 7 perkara dengan 7 perkara. Dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap 7 perkara itu dengan 7 perkara lainnya. Hal tersebut sengaja Allah ciptakan untuk memberitahu kepada orang-orang yang berilmu bahawasanya di dalam angka 7 itu mempunyai keunikan dan rahsia yang besar.

Pertama

Allah menghiasi udara ini dengan tujuh lapis langit sebagaimana firman Allah dalam surah An-Naba’ ayat 12:

“Dan Kami (Allah) jadikan di atas kamu 7 (langit) yang kukuh.”

Allah menciptakan langit dunia pertama dari air, langit kedua dari embun, langit ketiga dari besi, langit keempat dari perak, langit kelima dari emas, langit keenam dari mutiara dan langit ketujuh dari mira delima. Setelah itu dibelahnya yang antara tiap-tiap bahagian berjarak lima ratus tahun.

Kemudian Allah menghiasi langit itu dengan tujuh bintang. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 16,

“Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan gugusan bintang di langit dan Kami telah menghiasinya bagi orang-orang yang memandangnya. ”

Tujuh bintang yang dimaksudkan adalah bintang Zuhal, Musytari, Marikh, Syamsu, Zahra, Athorid dan Qamar.

Kedua
Allah telah menghiasi tanah yang lapang dengan 7 lapis bumi. Sebagaimana firman Allah dalam surah Ath-Thalaq ayat 12,

“Allah-lah yang telah menciptakan 7 langit dan bumi seperti itu pula ….”

Kemudian Allah menghiasi (bumi) itu dengan 7 lautan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Luqman ayat 27,

“… dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya.. .”

Tujuh lautan yang dimaksud adalah lautan Thobaristan, Karman, Oman, Qolzam, Hindustan, Rum, dan Maghrib.

Ketiga
Allah telah menghiasi neraka dengan 7 tingkatan, iaitu neraka Jahannam, Sa’ir, Saqar, Jahim, Huthamah, Ladho dan Hawiyah. Tentang nama-nama neraka ini sesuai dengan firman Allah, neraka Jahannam dalam surah Al Hijr ayat 43; neraka Sa’ir dalam surah Al Inshiqaq ayat 12; neraka Saqar dalam surah Al Muddatstsir ayat 42; neraka Jahim dalam surah Asy Syura ayat 91; neraka Huthamah dalam surah Al Humazah ayat 5; neraka Ladho dalam surah Al Ma’arij ayat 15 dan neraka Hawiyah dalam surah Al Qari’ah ayat 9.

Allah menghiasi tiap-tiap neraka itu dengan 7 pintu. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 44,

“Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari mereka.”

Keempat
Allah menghiasi Al Quran dengan 7 surah yang panjang. Dan Allah menghiasinya pula dengan 7 ayat Ummul Kitab Al Fatihah, sebagaimana firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 87,

“Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah berikan kepadamu (Muhammad) 7 ayat yang dibaca berulang-ulang (iaitu Al Fatihah) dan Al Quran yang agung.”

Kelima
Allah menghiasi manusia dengan 7 anggota badan, iaitu dua tangan, dua kaki, dua lutut, dan satu wajah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh peribadatan, iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk, dan wajah dengan sujud, tujuh anggota badan manusia ini adalah tujuh anggota tempat sujud. Ada sebagian ulama yang mengatakan bahwa tujuh anggota badan manusia ini adalah otak, urat, urat saraf, tulang-belulang, daging, darah dan kulit.

Keenam
Allah menghiasi umur manusia dengan 7 tingkatan (tahap). Pada masa baru lahir dinamakan tahap radhi’ (menyusu), kemudian tahap fathim (disapih), tahap shabiyyi (bayi), tahap ghulam (kanak-kanak) , tahap syaab (pemuda atau remaja), tahap kuhul (meningkat usia antara 30-50 tahun) dan terakhir tahapan syaikh (masa tua). Selanjutnya Allah menghiasi 7 tahap umur ini dengan tujuh kalimat yaitu ucapkanlah kalimat syahadat, Laa Ilaaha IllAllaahu Muhammadur Rasuulullaah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Insyiqaq ayat 19,

“Sesungguhnya (kejadian atau penciptaan) kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan).”

Ketujuh
Allah menghiasi dunia ini dengan 7 negeri yang besar, iaitu 1. Hindustan, 2. Hijaz, 3. Bashrah, Baduyah, dan Kufah, 4. Irak, Syam (Syiria), Kurasan sampai Balakh, 5. Roma dan Armenia, 6. Ya’juj dan Ma’juj, dan 7. Cina Turkistan.

Allah menghiasi 7 negeri yang besar ini dengan tujuh hari, iaitu Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Dan Allah memuliakan ketujuh hari ini dengan tujuh dari para nabi, iaitu Allah memuliakan Nabi Musa dengan hari Sabtu, Isa bin Maryam dengan hari Ahad, Dawud dengan hari Isnin, Sulaiman dengan hari Selasa, Ya’qub dengan Rabu, Adam dengan hari Khamis dan Muhammad beserta umatnya dengan hari Jumaat.

Secara amnya, masih banyak lagi rahsia angka tujuh yang lain. Dalam masyarakat kita juga mengenal tradisi dengan angka tujuh contohnya hamil tujuh bulan, tujuh hari kematian, sumpah tujuh turunan dan lain-lain.

Kehamilan pada usia tujuh bulan dimaksudkan kerana pada umur tujuh bulan ini si janin sudah dalam keadaan sempurna, baik dari segi fizikal mahupun ruhnya dan siap untuk dilahirkan. Manakala mengenang tujuh hari kematian kerana pada hari ke tujuh ini para ahli waris sudah mulai melupakan atau menerima kepergian si mati. Tentang sumpah tujuh turunan, kerana kita pada kebiasaannya mengenal nasab kita ke atas rata-rata sampai peringkat tujuh keturunan sahaja, bagi keturunaan kelapan dan seterusnya mungkin kita sudah tidak mengenalnya lagi.

Namun begitu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri tidak pernah mengajarkan tradisi-tradisi yang disebutkan tadi. Begitu pula dengan para Imam Mazhab dan para ulama tidak pernah mengajarkan hal-hal yang demikian. Dan yang pasti hanya Allah yang tahu rahsia angka 7 tersebut kerana Dialah yang menciptakan.
7 AYAT CINTA

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam: 


Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan. 

1. Bismillaahirrahmaanirrahiim : Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

2. Alhamdulliah : Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu. 

3. Astaghfirullah : Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk. 

4. Insya Allah : Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. 

5. Laahaulawalaa quuwataillaabillaah : Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk. 

6. Innaalillah : Jika menghadapi musibah atau melihat kematian. 

7. Laailaahaillallah : Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. 

Wallahua'lam...
AMALAN-AMALAN BAIK TAPI TERBALIK
 
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik: 

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. 

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahu pun di masjid, pakaian lebih kurang saja ,bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca al-Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumah-Nya segan dan malas. 

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masya-Allah. 
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia atau tidak bahagia. 

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.