Monday, January 7, 2013

AL QURAN DAN DOA UNTUK PERUBATAN

Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit spiritual dan fizikal. Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya.
 
AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR- Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.

CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR- Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya.

- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

- Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.

- Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.

- Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.

- Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.

- Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.

- Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.

- Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".
CARA PERUBATAN ISLAM SEBENAR - Tidak menggunakan hikmat makhluk halus (samada jin Islam, khadam, syaitan atau iblis) dan tidak juga menggunakan sebarang perantaraan. Ianya berdasarkan kepada 3 amalan utama iaitu :
 
1. Amalan Bacaan Al-Quran,
2. Berdoa memohon kepada Allah (SWT)
3. Memperbanyakkan Zikir (Laila hail’lallah)
 
AYAT AL-QURAN SEBAGAI GANTIAN KEPADA UBAT- Setiap ayat-ayat Al-Quran yang diberikan kepada pesakit untuk mereka amalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu. Sebagai perumpamaan, tatkala kita sakit demam, kita ambil pil panadol. Pil panadol tersebut adalah ubat dan air yg diminum sewaktu memakannya adalah untuk menyerapkan ubat panadol itu ke dalam badan atau darah kita agar kita beransur sihat. Sama dengan ayat Al-Quran yang dibaca, ia adalah gantian kepada ubat, dan air yg diminum ialah untuk menyerapkan ayat Al-Quran itu ke dalam badan dan jiwa kita.

KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN- Memang benar, perubatan sebegini kadang-kadang tidak ada logiknya dan adakalanya susah untuk diterima oleh akal fikiran manusia. Apatah lagi, bila dianalisakan kaitan sesuatu surah dan ayat-ayat Al-Quran dengan sesuatu jenis penyakit. Apabila dibaca terjemahannya pula, ayat-ayat Al-Quran tersebut tiada menggambarkan kaitan secara langsung dengan penyakit yang dialami. Tapi, inilah kehebatan dan mukjizat Al-Quran!

Sebaliknya, perubatan moden berasaskan kepada logik dan “reasoning”, dan dengan ini lebih mudah diterimapakai oleh para pesakit (seperti macam mana antibiotics dapat menandingi virus atau bakteria yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit, atau pain-killer seperti ubat panadol atau ponstan dapat mengurangkan kesakitan seseorang).
Sebagai contoh :

- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.

- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.

- Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.

- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.

- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.

PENYAKIT KRITIKAL (Kanser)- Ramai juga pesakit  yang mengidap sakit kanser yang telah sembuh (dengan keizinan dan keberkatan dari Allah SWT) dengan mengamalkan ayat-ayat ini. Ada seorang pesakit yang telah confirm sakit fibroid dalam rahim oleh doktor perubatan dan dapat dilihat fibroidnya melalui x-ray/scan machine tetapi setelah mengamal bacaan ayat-ayat ini, fibroidnya tak ada lagi di dalam rahim dan ini disahkan oleh doktor perubatan melalui x-ray/scan. Ini bukanlah satu 'magic' tetapi ayat-ayat ini dengan sendirinya menghancurkan fibroid itu dan fibroid ini keluar melalui darah haid.

PEMBEDAHAN CARA BATIN– Ada jenis-jenis penyakit yang perlu diubati melalui pembedahan cara batin. Pembedahan cara batin ini dilakukan bukan menggunakan pisau dan sebagainya, tetapi dilakukan secara simbolik. Contohnya ialah pembedahan untuk penyakit saluran darah yang tersumbat (blockage). Pembedahan ini dilakukan secara simbolik dan apabila pesakit itu mengamalkan ayat-ayat seperti di dalam Surah Al Israa', saluran darah yang tersumbat itu dengan sendirinya (dengan keizinan Allah SWT) sembuh seperti sediakala dan pesakit tak perlu membuat “by-pass operation”.

PENYAKIT ROHANI (SPRITUAL ILLNESS)- Surah dan ayat-ayat Al-Quran ini bukan sahaja dapat mengubati sakit-sakit fizikal (seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kidney failure, saluran darah tersumbat) malahan ianya lebih berkesan mengubati penyakit-penyakit rohani yang disebabkan oleh jin, syaitan dan iblis (seperti ilmu sihir dan racun santau).

Sebagai contoh:

- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat pendinding kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.

- Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 28 hingga 44, ayat-ayat di dalam Surah Taha, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.

- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati

PENYAKIT GANGGUAN MAKHLUK HALUS- Penyakit-penyakit gangguan selalunya disebabkan oleh kemasukan jin, syaitan atau iblis ke dalam tubuh badan manusia. Apabila jin memasuki ke dalam badan manusa, ia selalu nya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu ada sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosinya mereka terganggu, dan kadang-kadang “anxiety level” mereka sangat tinggi. Selalunya mereka rasa sakit di bahagian pinggang, tengkuk, bahu dan sendi-sendi. Bila fikiran mereka terganggu, ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau “depression”.

Apabila seseorang itu telah dimasuki jin atau makhluk halus, ia perlu terlebih dahulu dikeluarkan atau dimusnahkan (dengan izin Allah SWT). Keupayaan mengeluarkan atau memusnahkan jin, makhlus halus, racun sihir dan santau ini perlu dipelajari dan ia suatu keupayaan yang diberikan oleh Allah SWT. Apabila makhluk halus itu telah dikeluarkan atau dimusnahkan, ia disusuli dengan doa oleh pesakit dan amalan bacaan ayat-ayat Al-Quran seperti ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Surah Asy Syu'araa, Surah Arrad, Surah Taha, Surah Fussilat, dll.

GANGUAN SIHIR– Ada banyak jenis ganguan sihir. Sebagai contoh - ilmu hitam ialah sihir yang boleh melemahkan tenaga batin seseorang. Ramai pesangan suami isteri yang dikenakan sihir atas tujuan untuk meruntuhkan rumah-tangga mereka. Ramai ahli sihir menggunakan jin untuk mengawal pemikiran dan nafsu syahwat seseorang. Di sini jin itu akan merosakkan urat saraf di tulang belakang seseorang itu melemahkan tenaga batinnya dan juga mempengaruhi pemikiran dan emosi suami dan isteri supaya mereka tidak sehaluan. Santau adalah sejenis racun sihir dan boleh dimasokkan ke dalam badan sesaorang itu melalui jin atau melalui makanan.

- Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf. - Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.

12 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-

  1.    Semasa Lailatul-Qadar.
  2.    Ketika hujan turun.
  3.    Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
  4.    Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
  5.    Di tengah malam.
  6.    Di antara azan dan iqamah.
  7.    Ketika sujud dalam solat.
  8.    Ketika iktidal akhir dalam solat.
  9.    Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
  10.  Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
  11.   Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan       bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat. 
  12.  Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Sunday, January 6, 2013

SURAH PENENANG JIWA

[1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) 

[3]
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).